Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2025Read it in English

Bab 1

22. Syarat yang boleh dikenakan pada lesen pengendali

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada Akta ini, Ketua Pengarah Pengangkutan

Awam Darat boleh mengenakan pada suatu lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini apa-apa syarat yang difikirkannya patut, dan khususnya—

(a)

bahawa pengendali berlesen itu hendaklah, berkaitan dengan lesen pengendalinya, hanya menggunakan—

(i)

kenderaan perkhidmatan awam daripada kelas kenderaan perkhidmatan awam yang dinyatakan dalam lesen pengendali itu; dan 50 Undang-Undang Malaysia AKTA 715

(ii)

sekian bilangan kenderaan perkhidmatan awam daripada kelas kenderaan perkhidmatan awam yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan

Awam Darat, dengan mengambil kira khususnya, apa-apa batasan sebagaimana yang ditentukan oleh

Menteri menurut seksyen 33, untuk mengendalikan atau mengadakan perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam yang dinyatakan dalam lesen pengendali itu; dan

(b)

bahawa pengendali berlesen itu hendaklah mempunyai apa-apa kewajipan, hak, obligasi atau sekatan sebagaimana yang dikenakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam

Darat berkenaan dengan perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam yang dikendalikan atau diadakan olehnya dan kemudahan, jika ada, yang diadakan olehnya, termasuk—

(i)

takat, jam, kekerapan dan laluan atau kawasan yang hendak diberi perkhidmatan;

(ii)

tahap prestasi perkhidmatan yang hendak diberikan kepada penumpang;

(iii)

kelakuan pemandu dan konduktor kenderaan perkhidmatan awam;

(iv)

langkah untuk melindungi keselamatan penumpang dan pengguna jalan yang lain termasuk—

(A)

kehendak bahawa penumpang tidak boleh diambil atau diturunkan kecuali di poin yang dinyatakan dalam lesen pengendali itu atau tidak boleh diambil atau diturunkan di antara poin yang dinyatakan; dan

(B)

kehendak bahawa penumpang yang melebihi bilangan yang dinyatakan tidak boleh dibawa

Pengangkutan Awam Darat 51

pada satu-satu masa dalam setiap kenderaan perkhidmatan awam;

(v)

jenis dokumen yang hendak dibawa dan maklumat yang hendak dipamerkan pada setiap kenderaan perkhidmatan awam, seperti salinan lesen pengendali, jadual waktu dan jadual tambang, dan yang boleh diperiksa;

(vi)

bahawa pengendali berlesen itu hendaklah menyimpan dan mengemukakan apabila diminta bagi pemeriksaan dan penentusahan akaun, dokumen dan rekod yang dinyatakan, selain dokumen yang disebut dalam subperenggan (1)(b)(v); dan

(vii)

kehendak bahawa setiap kenderaan perkhidmatan awam disimpan di tempat yang ditentukan semasa tidak digunakan.

(2)

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, pada bila-bila masa mengikut budi bicaranya, menambahkan, membatalkan atau mengubah mana-mana syarat yang dikenakan pada suatu lesen pengendali di bawah seksyen ini.

(3)

Seseorang pengendali berlesen yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen pengendali melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Report

Bab

Bab 4 Bahagian ini dipatuhi sepenuhnya.

Bab 4

Bab 5

Bab 6

Bahagian IV

Kereta Api

Bab 7

Bab 8

Bab 9

Bahagian V

Penyepaduan

Bahagian VI

Kemalangan, Siasatan dan Penyiasatan

Bahagian VII

Bahagian VII–

Bahagian VIII

Rayuan

Bahagian IX

Pengambilalihan Kawalan

Bahagian X

Kesalahan Umum dan Penalti

Bahagian XI

Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

Bahagian XII

Schedules