Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bab 1
18. Pengeluaran lesen pengendali
Feedback & supportTertakluk pada Akta ini, Ketua Pengarah Pengangkutan
Awam Darat boleh, apabila permohonan dibuat bagi suatu lesen pengendali di bawah Bab ini—
meluluskan permohonan itu keseluruhannya atau sebahagiannya atau dengan apa-apa ubah suaian yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam
Darat, dan selepas dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan suatu lesen pengendali kepada pemohon itu;
atau
menolak permohonan itu.
Pengeluaran suatu lesen pengendali oleh Ketua Pengarah
Pengangkutan Awam Darat di bawah subseksyen (1) tidaklah mengenakan apa-apa tanggungan pada Ketua Pengarah Pengangkutan
Awam Darat bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan, peninggalan atau keingkaran pengendali berlesen itu.