Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bab 1
23. Syarat berkanun lesen pengendali
Feedback & supportMenjadi syarat bagi tiap-tiap lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini—
bahawa kenderaan perkhidmatan awam itu disenggarakan dalam keadaan yang baik dan boleh guna sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan;
52 Undang-Undang Malaysia AKTA 715
bahawa pengendali berlesen dan pekerjanya yang memandu kenderaan perkhidmatan awam itu memberikan keutamaan yang paling tinggi kepada keselamatan penumpang dan pengguna jalan yang lain dan hendaklah, khususnya, memastikan bahawa semua peruntukan Akta ini dan semua undang-undang bertulis yang lain berkenaan dengan perkara yang diperihalkan di bawah dipatuhi dengan sewajarnya berhubungan dengan kenderaan perkhidmatan awam itu atau berkaitan dengan penggunaan atau pengendaliannya:
had laju yang dikenakan berkenaan dengan kenderaan perkhidmatan awam atau kelasnya;
berat dengan muatan dan tanpa muatan dan pemuatan kenderaan perkhidmatan awam; dan
pembinaan, penggunaan dan kelengkapan kenderaan motor secara amnya dan, kenderaan perkhidmatan awam khususnya, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
bahawa kewajipan seseorang pengendali berlesen di bawah