Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bahagian X · Kesalahan Umum dan Penalti
200. Kelakuan tidak senonoh atau sumbang atau kacau ganggu
Feedback & supportMana-mana orang yang—
berkelakuan mengikut cara yang tidak senonoh atau sumbang atau melakukan apa-apa kacau ganggu di suatu terminal atau di atas suatu koc kereta api, premis kereta api, kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan pelancongan; atau
mengamang, menggalang atau menghalang seseorang pemegang lesen, pemegang lesen terminal, pemegang lesen perniagaan pengantaraan atau pengendali berlesen atau seorang pekerja pemegang lesen, pemegang lesen terminal, pemegang lesen perniagaan pengantaraan atau pengendali berlesen itu, termasuk seorang pegawai kereta api, daripada mengadakan perkhidmatan pengangkutan awam darat atau dalam pelaksanaan kewajipan pekerja sedemikian, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya, dan sebagai tambahan, pesalah itu boleh dikeluarkan oleh pemegang lesen, pemegang lesen terminal, pemegang lesen perniagaan pengantaraan atau pengendali berlesen itu atau seorang pekerja pemegang lesen, pemegang lesen terminal, pemegang lesen perniagaan pengantaraan atau pengendali berlesen itu dari terminal, koc kereta api, premis kereta api, kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan pelancongan itu dan hendaklah, jika dia seorang penumpang, melucuthakkan tambangnya.