Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bahagian X · Kesalahan Umum dan Penalti
204. Section 204
Feedback & supportJika mana-mana orang—
bagi maksud mendapatkan di bawah peruntukan Akta ini pengeluaran apa-apa jenis atau perihalan lesen atau lesen pengendali bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain atau pengubahan mana-mana lesen atau lesen pengendali
Pengangkutan Awam Darat 187
itu, atau bagi maksud menahan pengeluaran atau pengubahan mana-mana lesen atau lesen pengendali sedemikian atau bagi mendapatkan apa-apa syarat atau batasan dikenakan berhubung dengan mana-mana lesen atau lesen pengendali itu, membuat apa-apa pernyataan atau akuan yang diketahuinya adalah palsu atau tidak betul, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, atau mengelirukan dalam apa-apa hal material;
memberikan apa-apa butir berhubungan dengan suatu permohonan bagi pengeluaran suatu lesen atau lesen pengendali di bawah Akta ini yang pada pengetahuannya adalah palsu atau mengelirukan dalam apa-apa hal material;
memberikan apa-apa maklumat kepada Ketua Pengarah
Pengangkutan Awam Darat sebagai maklum balas kepada permintaan yang dibuat oleh Ketua Pengarah Pengangkutan
Awam Darat di bawah atau bagi maksud Akta ini yang pada pengetahuannya adalah palsu atau tidak betul, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, atau mengelirukan dalam apa-apa hal material; atau
membuat apa-apa entri dalam suatu rekod, daftar atau dokumen lain yang dikehendaki supaya dikeluarkan, disimpan, disenggarakan atau diberikan di bawah Akta ini yang adalah palsu atau mengelirukan dalam apa-apa hal material, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Dalam apa-apa pendakwaan di bawah seksyen ini, apabila terbukti bahawa mana-mana permohonan, pernyataan, akuan, butir, maklumat, entri, rekod, daftar atau dokumen lain adalah palsu atau tidak betul pada keseluruhannya atau sebahagiannya atau mengelirukan dalam apa-apa hal material, maka hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa permohonan, pernyataan, akuan, butir, maklumat, entri, rekod, daftar atau dokumen lain itu
188 Undang-Undang Malaysia AKTA 715
adalah palsu atau tidak betul atau mengelirukan dalam mana-mana hal material, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan pengetahuan orang yang menandatangani, menghantarserahkan atau membekalkannya.
Jika mana-mana orang—
memalsukan, mengubah, mengganggu, merosakkan, mencacatkan, menggunakan atau meminjamkan kepada atau membenarkan untuk digunakan oleh mana-mana orang lain apa-apa isyarat, tanda pengenalan, plat atau dokumen yang dikehendaki di bawah Akta ini supaya dibawa atau dipamerkan pada mana-mana kenderaan yang berkaitan, tren kereta api, lesen, lesen pengendali atau kemudahan atau terminal pengangkutan awam darat;
membuat atau ada dalam milikannya apa-apa isyarat, tanda pengenalan, plat atau dokumen yang begitu menyerupai mana-mana isyarat, tanda pengenalan, plat atau dokumen yang disebut dalam perenggan (a) sehingga dikira akan memperdaya;
mengubah apa-apa entri yang dibuat dalam suatu daftar, lesen, lesen pengendali atau dokumen lain yang dikeluarkan atau disimpan di bawah Akta ini;
mempamerkan pada mana-mana kenderaan yang berkaitan atau tren kereta api, apa-apa lesen, lesen pengendali, isyarat, tanda pengenalan, plat atau dokumen yang telah diubah, diganggu, dirosakkan, dicacatkan atau ditambahkan kepadanya, atau apa-apa tiruan lesen, lesen pengendali, isyarat, tanda pengenalan, plat atau dokumen yang dikehendaki di bawah Akta ini supaya dibawa atau dipamerkan pada suatu kenderaan yang berkaitan atau tren kereta api;
mempamerkan pada mana-mana kenderaan yang berkaitan atau tren kereta api, apa-apa lesen, lesen pengendali, isyarat, tanda pengenalan, plat atau dokumen yang tidak
Pengangkutan Awam Darat 189
sepatutnya berada pada kenderaan yang berkaitan atau tren kereta api itu;
menyediakan atau menyenggarakan atau membenarkan penyediaan atau penyenggaraan rekod palsu yang dikehendaki supaya disenggarakan di bawah Akta ini; atau
memalsukan atau membenarkan pemalsuan rekod yang dikehendaki supaya dikemukakan di bawah Akta ini, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya:
Dengan syarat bahawa dalam hal perenggan (d), dia tidak melakukan suatu kesalahan jika dia membuktikan bahawa dia bertindak dengan suci hati dan tidak mempunyai alasan yang munasabah untuk menjangkakan bahawa lesen, lesen pengendali, isyarat, tanda pengenalan, plat atau dokumen itu telah diubah, diganggu, dirosakkan, dicacatkan atau ditambahkan kepadanya, atau bahawa lesen, lesen pengendali, isyarat, tanda pengenalan, plat atau dokumen itu adalah tiruan.
Perenggan (3)(a) dan (b) hendaklah, dengan ubah suaian yang perlu, terpakai berhubungan dengan suatu dokumen yang menjadi keterangan tentang pelantikan seorang pegawai pengangkutan awam darat sebagaimana ia terpakai berhubungan dengan suatu lesen atau lesen pengendali.
Bagi maksud seksyen ini, “dokumen” termasuk suatu lencana.