Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bahagian X · Kesalahan Umum dan Penalti
206. Penalti bagi fraud
Feedback & supportMana-mana orang yang—
memfraud atau cuba untuk memfraud seorang pengendali berlesen perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam atau perkhidmatan kereta api, yang menghendaki supaya tambang dibayar dahulu sebelum perkhidmatan sedemikian disediakan—
dengan membuat perjalanan atau cuba untuk membuat perjalanan di atas suatu kenderaan perkhidmatan awam atau kereta api tanpa membayar tambangnya terlebih dahulu;
dengan menaiki dalam atau pada suatu pengangkut kereta api daripada kelas yang lebih tinggi daripada yang baginya dia telah membayar tambangnya; atau
Pengangkutan Awam Darat 191
dengan meneruskan perjalanannya dalam atau pada mana-mana kenderaan perkhidmatan awam atau pengangkut kereta api dengan melangkaui stesen yang baginya dia telah membayar tambangnya tanpa sebelumnya sama ada membayar tambang bagi jarak tambahan itu atau mendapatkan kebenaran daripada pemandu kenderaan perkhidmatan awam itu atau ketua stesen atau pengawal tren kereta api itu;
dengan disedarinya dan dengan sengaja enggan atau abai untuk keluar dari kenderaan perkhidmatan awam atau pengangkut kereta api itu apabila sampai di stesen yang baginya dia telah membayar tambang;
menyerahkan atau mendapat keuntungan daripada penyerahan keratan balik mana-mana tiket yang diperolehnya; atau
dengan apa cara jua cuba mengelak untuk membayar tambangnya, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya bagi setiap kesalahan itu.