Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bahagian X · Kesalahan Umum dan Penalti
202. Perbuatan cuai
Feedback & supportSeseorang yang dengan gopoh atau cuai, dan tanpa alasan yang sah, melakukan apa-apa perbuatan yang berkemungkinan akan membahayakan keselamatannya sendiri atau keselamatan mana-mana orang yang membuat perjalanan atau yang berada di atas suatu kereta api, kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan pelancongan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.