Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bahagian XII
249. Daftar
Feedback & support(1)
Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah menyenggarakan suatu daftar dalam kedua-dua bentuk fizikal dan elektronik mengenai semua perkara yang dikehendaki supaya didaftarkan di bawah Akta ini.
(2)
Seseorang boleh, apabila dibayarnya fi yang ditetapkan—
224 Undang-Undang Malaysia AKTA 715
(a)
memeriksa daftar itu; dan
(b)
membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada, daftar itu.
(3)
Jika seseorang meminta supaya suatu salinan diberikan dalam bentuk elektronik, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh memberikan maklumat yang berkaitan itu—
(a)
dengan menggunakan peranti pemprosesan data; atau
(b)
melalui penghantaran elektronik.