Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bahagian XII
251. Pengecualian am
Feedback & supportMenteri boleh, atas syor Ketua Pengarah Pengangkutan
Awam Darat, jika difikirkannya selaras dengan maksud Akta ini atau demi kepentingan orang awam, melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta mengecualikan seseorang pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan, atau sesuatu kenderaan yang berkaitan atau kereta api
Pengangkutan Awam Darat 227
atau suatu kelas kenderaan yang berkaitan atau kereta api itu daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini bagi apa-apa tempoh dan tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang dinyatakan oleh Menteri.
Menteri boleh pada bila-bila masa, atas syor Ketua Pengarah
Pengangkutan Awam Darat, melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta, membatalkan mana-mana perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1).