Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2025Read it in English

Bahagian XII

250. Arahan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat

Feedback & support
(1)

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh dari semasa ke semasa mengeluarkan arahan secara bertulis kepada mana-mana orang, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta ini, mengenai pematuhan atau ketidakpatuhan mana-mana syarat suatu lesen atau lesen pengendali atau mana-mana peruntukan Akta ini, termasuk untuk meremedikan kemungkiran suatu syarat lesen atau lesen pengendali itu atau mana-mana peruntukan Akta ini.

(2)

Sebelum membuat suatu arahan di bawah subseksyen (1),

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah mengeluarkan suatu notis bertulis kepada orang itu dengan menyatakan jenis pematuhan yang dikehendaki.

(3)

Orang itu hendaklah diberi peluang untuk didengar atau boleh mengemukakan suatu penghujahan bertulis tentang sebab bagi tingkah laku atau aktivitinya dalam tempoh masa yang munasabah yang dinyatakan dalam notis itu.

(4)

Selepas habis tempoh notis yang dinyatakan dalam subseksyen (3), Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah menimbangkan apa-apa sebab yang diberikan oleh orang itu sebelum membuat suatu keputusan berhubung dengan tingkah laku atau aktiviti yang berkenaan dengan orang itu.

(5)

Selepas menimbangkan dengan sewajarnya apa-apa sebab yang telah diberikan oleh orang itu, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam

Darat boleh mengeluarkan suatu arahan menurut subseksyen (1) yang menghendaki orang itu supaya mengambil suatu tindakan yang dinyatakan dengan tujuan untuk memastikan bahawa orang itu tidak melanggar atau tidak terus melanggar mana-mana syarat lesen atau lesen pengendali itu atau mana-mana peruntukan Akta ini.

(6)

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah memberi orang itu suatu notis bertulis mengenai arahannya dengan secepat yang dapat dilaksanakan, dan arahan yang dikeluarkan oleh

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat itu hendaklah dipatuhi.

226 Undang-Undang Malaysia AKTA 715

(7)

Suatu arahan yang dibuat oleh Ketua Pengarah Pengangkutan

Awam Darat di bawah Bab ini hendaklah didaftarkan dengan secepat yang dapat dilaksanakan.

(8)

Arahan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh pendaftaran atau apa-apa tarikh terkemudian yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah

Pengangkutan Awam Darat dalam arahan itu.

(9)

Arahan itu hendaklah habis tempohnya pada apa-apa tarikh yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dalam notis bertulis itu atau jika tiada tarikh dinyatakan, arahan itu hendaklah terus berkuat kuasa sehingga arahan itu dibatalkan.

(10)

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh mengubah atau membatalkan sesuatu arahan dan tatacara yang dinyatakan dalam subseksyen (2), (3), (4), (5), (6), (7), (8) dan (9) hendaklah terpakai mutatis mutandis berkenaan dengan apa-apa pengubahan atau pembatalan sesuatu arahan.

(11)

Seseorang yang tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah

Pengangkutan Awam Darat di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(12)

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah menyenggarakan suatu daftar mengenai semua arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, termasuk apa-apa pengubahan atau pembatalan sesuatu arahan mengikut seksyen 249.

Report