Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bahagian XII
252. Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan
Feedback & supportMenteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
memperuntukkan bagi semua perkara yang berhubungan dengan pengeluaran lesen, lesen pengendali dan kelulusan di bawah Akta ini dan pengeluaran salinan lesen, lesen pengendali dan kelulusan dalam hal lesen, lesen pengendali dan kelulusan yang hilang atau musnah, termasuklah—
kelayakan orang yang memohon untuk mendapatkan lesen, lesen pengendali atau kelulusan;
tatacara mengenai permohonan, termasuk maklumat lazim dan penentuan soalan yang berkaitan dengan pengeluaran, pengubahan, pembaharuan, penyerahan balik, pengembalian, pembatalan dan penggantungan lesen dan lesen pengendali dan syarat yang dikenakan padanya;
tatacara mengenai permohonan, termasuk maklumat lazim dan penentuan soalan yang berkaitan dengan pengeluaran, pengubahan, pembatalan dan penggantungan kelulusan dan syarat yang dikenakan padanya;
bentuk lesen, lesen pengendali dan kelulusan;
228 Undang-Undang Malaysia AKTA 715
fi yang dikenakan berkaitan dengan apa-apa perkara yang diperihalkan di atas dan cara pembayarannya;
apa-apa perkara yang berhubungan dengan hal keadaan yang dalamnya lesen, lesen pengendali dan kelulusan boleh dibatalkan atau digantung di bawah
Akta ini;
memperuntukkan bagi semua perkara yang berhubungan dengan pengecualian, separa atau selainnya, dengan atau tanpa syarat, bagi mana-mana orang atau kelas orang, atau kenderaan yang berkaitan atau kereta api atau kelas kenderaan yang berkaitan atau kereta api, atau penggunaan kenderaan yang berkaitan atau kereta api atau kelas kenderaan yang berkaitan atau kereta api, daripada mematuhi mana-mana atau segala kehendak Akta ini, termasuk tatacara mengenai permohonannya, maklumat lazim, dan fi yang dikenakan berkaitan dengannya dan cara pembayaran fi itu;
(Dipotong oleh Akta A1574);
memperuntukkan mengenai bentuk perintah yang hendak dibuat di bawah Akta ini oleh Menteri;
memperuntukkan bagi kesalahan yang boleh dikompaun dan borang yang hendak digunakan dan kaedah dan tatacara bagi pengkompaunan kesalahan;
memperuntukkan bagi tatacara dan cara permohonan bagi pengecualian atau pengurangan tambang atau tambang muatan boleh dibuat;
memperuntukkan mengenai pengeluaran lesen vokasional kepada pemandu kenderaan yang berkaitan dan tren kereta api, dan konduktor bagi kenderaan perkhidmatan awam, kriteria atau ujian yang perlu dipenuhi atau terpakai berhubung dengan pengeluaran lesen itu, tatacara untuk memohon bagi lesen itu, termasuk maklumat lazim yang dikehendaki, bentuk lesen itu, syarat yang hendak
Pengangkutan Awam Darat 229
dikenakan padanya, fi yang hendak dikenakan dan cara pembayaran fi itu;
memperuntukkan mengenai pengenaan, tuntutan, pengutipan dan pemegang simpanan caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan dan hasil daripadanya, dan semua perkara lain yang berkaitan dengannya;
mengawal selia terminal melalui pelesenan pengendali atau pemunya terminal itu;
memperuntukkan mengenai pembinaan kereta api dan lintasan atau cara untuk menghampiri mana-mana jalan atau jalan besar oleh suatu tren kereta api;
(Dipotong oleh Akta A1685);
(Dipotong oleh Akta A1685);
mengisytiharkan apa yang disifatkan sebagai penyakit berjangkit atau menular dan untuk mengawal selia keadaan yang di bawahnya syarikat kereta api boleh membawa orang atau haiwan yang mengalami penyakit berjangkit atau menular itu, dan untuk memperuntukkan bagi penyahjangkitan koc kereta api yang telah digunakan oleh orang atau haiwan itu;
(Dipotong oleh Akta A1574);
memperuntukkan bagi kelakuan, fungsi dan kuasa pegawai pengangkutan awam darat di bawah Akta ini dan kad pengenalan dan pakaian seragam yang hendak dipakai oleh mereka;
(Dipotong oleh Akta A1574);
(Dipotong oleh Akta A1574);
mengawal selia penyepaduan dan koordinasi pengangkutan awam darat dan perkhidmatan pengangkutan awam darat
230 Undang-Undang Malaysia AKTA 715
yang disediakan oleh pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal dan pemegang lesen perniagaan pengantaraan, dan semua perkara yang berhubungan dengannya;
memperuntukkan dan menetapkan apa-apa fi yang kena dibayar berkaitan dengan penyediaan apa-apa perkhidmatan atau perkara di bawah Akta ini;
memperuntukkan bagi apa-apa perkara lain yang baginya
Akta ini membuat peruntukan nyata supaya ditetapkan;
memperuntukkan bagi pembawaan penumpang, bagasi mereka dan barangan secara selamat oleh pengangkutan awam darat;
memperuntukkan bagi penggunaan selamat dan penyenggaraan—
terminal; dan
kereta api termasuklah sistem kereta api dan premis kereta api;
mengawal selia pembukaan dan penutupan stesen kereta api dan laluan kereta api;
mengawal selia aktiviti yang berkaitan yang ditetapkan yang diusahakan berkaitan dengan penyediaan mana-mana perkhidmatan kereta api;
memperuntukkan mengenai obligasi pemegang lesen dan pengendali berlesen berkenaan dengan gangguan kepada perkhidmatan pengangkutan awam darat;
memperuntukkan mengenai pencegahan pencerobohan, kacau ganggu atau halangan ke atas, atau kerosakan atau kecederaan berhubung dengan, suatu kereta api;
Pengangkutan Awam Darat 231
memperuntukkan bagi pemeliharaan dan penggalakan ketertiban, sanitasi dan kebersihan ke atas kenderaan yang berkaitan dan kereta api;
memperuntukkan bagi standard minimum dan spesifikasi berkenaan dengan reka bentuk, pembinaan dan penyenggaraan get atau sawar sesuatu lintasan rata kerja dan bagi mengawal selia penggunaan lintasan rata itu;
memperuntukkan mengenai jagaan lesen dan lesen pengendali, pengeluaran, pengembalian dan penyerahan balik lesen dan lesen pengendali apabila habis tempoh, pembatalan atau penggantungan lesen dan lesen pengendali itu, atau pengubahan syarat lesen dan lesen pengendali itu dan jagaan, pengeluaran, pengembalian dan penghapusan dokumen;
memperuntukkan mengenai bentuk daftar dan rekod lain yang hendak disimpan dan disenggarakan oleh Ketua
Pengarah Pengangkutan Awam Darat, pembukaan, penyenggaraan, penutupan, pemeriksaan, pembekalan salinan, dan pengambilan cabutan daripada, daftar dan rekod lain itu;
memperuntukkan mengenai bentuk pemberitahuan, notis dan perintah yang hendaklah dibuat di bawah Akta ini;
memperuntukkan mengenai rekod yang hendaklah disimpan oleh pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal, pemegang lesen perniagaan pengantaraan dan pemandu kenderaan yang berkaitan dan kereta api, penyata yang hendaklah dibuat dan cara menyimpan rekod;
memperuntukkan mengenai segala perkara yang berhubungan dengan penyediaan maklumat dan maklumat tambahan, dan pengecualian daripada menyediakan maklumat oleh pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal dan pemegang lesen perniagaan pengantaraan, selain maklumat yang disebut dalam
232 Undang-Undang Malaysia AKTA 715
perenggan 252(1)(b)
dan
dan subperenggan 252(1)(a)(ii) dan (iii), dan tahap perincian, lat tempoh, cara dan bentuk yang mengikutnya maklumat itu hendak disediakan bagi maksud Akta ini;
memperuntukkan bagi penubuhan, pentadbiran dan pengawalseliaan skim pematuhan berasaskan pentauliahan berhubung dengan pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal dan pemegang lesen perniagaan pengantaraan atau pemandu kenderaan yang berkaitan atau kereta api dan segala perkara lain yang berkaitan, termasuklah pemerakuan pentauliah bagi skim itu dan peruntukan yang berhubungan dengan penguatkuasaan skim itu;
mengawal selia kewajipan, kelakuan dan syarat perkhidmatan termasuk waktu bertugas bagi pemandu, konduktor dan orang yang menjaga kenderaan yang berkaitan atau kereta api;
mengawal selia bilangan orang yang hendak diambil kerja sebagai pemandu, konduktor dan orang yang menjaga kenderaan yang berkaitan atau kereta api;
memperuntukkan bagi borang dan tatacara yang berhubungan dengan permohonan bagi lesen vokasional oleh pemandu kenderaan yang berkaitan dan tren kereta api, dan konduktor kenderaan perkhidmatan awam, kelayakan minimum yang hendak dimiliki oleh orang itu, mengawal selia kelakuan, kewajipan dan kuasa mereka, dan apa-apa perkara yang berhubungan dengan terma perkhidmatan mereka dan kehendak bagi latihan yang berterusan;
mengawal selia bilangan orang yang hendak dibawa dalam sesuatu kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan pelancongan atau kereta api;
mengawal selia pembawaan penumpang dalam kenderaan barangan;
Pengangkutan Awam Darat 233
memperuntukkan mengenai kelengkapan, termasuklah alat pemadam api, alat pertolongan cemas atau kon keselamatan yang hendak dibawa oleh atau dilekatkan pada kenderaan yang berkaitan atau kereta api;
memperuntukkan bagi jenis meter teksi yang boleh dibenarkan, pengehadan penggunaannya, dan kawalan terhadap ujian, pembaikan dan penyenggaraan meter teksi;
memperuntukkan mengenai kelakuan orang yang diambil kerja dengan atau berkaitan dengan kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan pelancongan atau kereta api, dan cara pengenalan dan pakaian seragam yang hendak dipakai oleh mereka;
memperuntukkan mengenai kelakuan penumpang yang menaiki, dalam perjalanan di dalam atau menuruni daripada sesuatu kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan pelancongan atau kereta api dan kelakuan bakal penumpang yang sedang menunggu untuk menaiki sesuatu kenderaan perkhidmatan awam (kecuali kereta sewa dan pandu), kenderaan pelancongan atau kereta api;
menghendaki—
mana-mana orang yang melanggar peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tw) dikeluarkan daripada sesuatu kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan pelancongan atau kereta api; dan
seseorang penumpang yang disyaki dengan munasabah telah melanggar peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tw) oleh pemandu atau konduktor kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan pelancongan atau kereta api itu untuk memberikan nama dan alamatnya kepada seorang pegawai polis, atau pemandu, konduktor atau pegawai yang diberi kuasa oleh pemegang lesen atau
234 Undang-Undang Malaysia AKTA 715
pengendali berlesen, atau pegawai pengangkutan awam darat, jika berkaitan, apabila diminta;
mengawal selia cara pembayaran dan pengutipan tambang dan tambang muatan bagi perkhidmatan pengangkutan awam darat dan, tertakluk pada perenggan 252(1)(r), sistem pentiketan;
menghendaki seseorang penumpang di atas suatu kenderaan perkhidmatan awam (kecuali kereta sewa dan pandu) atau kereta api, jika diminta sedemikian oleh pemandu atau konduktor kenderaan perkhidmatan awam itu (kecuali kereta sewa dan pandu) atau kereta api atau pegawai yang diberi kuasa oleh pemegang lesen atau pengendali berlesen, supaya meninggalkan kenderaan itu apabila tamat perjalanan yang baginya tambang telah dibayar olehnya;
(taa)
memperuntukkan bagi penyimpanan selamat atau pelupusan mana-mana harta yang ditinggalkan secara tidak sengaja dalam suatu kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan pelancongan atau kereta api dan mendapatkan balik kos yang ditanggung berkaitan dengan penyimpanan selamat atau pelupusan mana-mana harta itu;
(tab)
menghendaki tali pinggang keledar jalan dipasangkan pada apa-apa kelas atau perihalan kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan pelancongan sebagaimana yang dinyatakan, menyatakan standard minimum tentang kualiti bahan dan pembuatan berkenaan dengan tali pinggang keledar itu dan tempat di mana tali pinggang keledar itu dipasang, menghendaki penggunaan tali pinggang keledar itu dalam kenderaan itu, dan mengawal penjualan atau pembekalan tali pinggang keledar yang tidak mematuhi standard minimum bagi kualiti bahan dan pembinaan itu;
(tac)
menyatakan saiz, bentuk dan sifat bagi apa-apa lambang, butir-butir, perkataan, huruf, warna, plat atau tanda yang hendak dipamerkan pada mana-mana kenderaan yang berkaitan atau kelas kenderaan yang berkaitan itu, cara
Pengangkutan Awam Darat 235
yang lambang, butir-butir, perkataan, huruf, warna, plat atau tanda itu hendak dipasangkan, dipamerkan, disuar dan dijadikan mudah dicamkan, sama ada pada waktu malam atau pada waktu siang, dan bagi mengadakan peruntukan mengenai lambang, butir-butir, perkataan, huruf, warna, plat atau tanda yang berlainan untuk dibawa oleh atau diletakkan pada kenderaan yang berkaitan yang dilesenkan bagi suatu maksud tertentu atau bagi mengenal pasti kenderaan itu sebagai kenderaan yang berkaitan di bawah
Akta ini;
(tad)
melarang, berkaitan dengan penggunaan kenderaan yang berkaitan dan kereta api, penggunaan apa-apa perkakas, perkakas tambahan atau jentera, atau pelakuan apa-apa perbuatan, yang mungkin akan menyebabkan kegusaran atau bahaya;
(tae)
mengawal selia lampu dan reflektor yang hendak dipasang atau pada mana-mana kenderaan yang berkaitan atau mana-mana kelas atau perihalan kenderaan yang berkaitan itu, sama ada berkenaan dengan jenis lampu itu, tempat di mana dan warna latar belakang yang padanya lampu dan reflektor itu hendak dipasangkan, dan masa bila lampu dan reflektor itu hendak dinyalakan, atau selainnya;
(taf)
menetapkan keadaan yang tertakluk padanya, dan masa apabila, benda yang mempunyai berat luar biasa atau dimensi yang luar biasa besarnya boleh dibawa di atas jalan oleh kenderaan yang berkaitan;
(tag)
menetapkan cara memuatkan kenderaan yang berkaitan yang digunakan atas jalan dan langkah berjaga-jaga yang hendak diambil untuk memastikan keselamatan orang awam;
(tah)
menetapkan syarat-syarat yang tertakluk padanya, dan masa apabila, barangan boleh dimuatkan ke dalam atau dipunggah daripada kenderaan yang berkaitan atau mana-mana kelas atau perihalan kenderaan yang berkaitan atas jalan, kecuali berhubung dengan mana-mana
236 Undang-Undang Malaysia AKTA 715
kenderaan yang berkaitan yang didaftarkan dalam mana-mana negara asing yang tertakluk pada peruntukan mana-mana perjanjian antarabangsa yang dibuat oleh
Kerajaan;
(tai)
melarang atau menetapkan syarat yang tertakluk padanya kenderaan yang berkaitan atau mana-mana kelas atau perihalan kenderaan yang berkaitan yang tertentu boleh ditinggalkan dalam keadaan tidak bergerak atau ditinggalkan tanpa dijaga di mana-mana jalan, mana-mana kelas jalan yang tertentu atau mana-mana jalan tertentu;
(taj)
mengehadkan dan mengawal selia penggunaan kenderaan atas jalan yang menjalankan kerja menegakkan, menempatkan, mengalihkan, mengubah atau membaiki lampu, kabel atas dan kerja-kerja jalan atau lebuh;
(tak)
memperuntukkan mengenai akaun dan rekod yang hendaklah disimpan oleh pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal dan pemegang lesen perniagaan pengantaraan, dan rekod berkenaan dengan terminal atau penggunaan kenderaan yang berkaitan, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Akta ini;
(tal)
memperuntukkan tempoh yang syor bertulis oleh Ketua
Pengarah Pengangkutan Awam Darat kepada Menteri boleh dikemukakan mengenai pemberian kelulusan bagi suatu skim kereta api atau lesen untuk mengendali suatu kereta api;
(tam)
memperuntukkan mengenai pendepositan pelan, keratan atas skala dan buku rujukan bagi maksud kelulusan suatu skim kereta api;
(tan)
memperuntukkan bagi pembinaan, pembukaan dan penutupan dan syarat penggunaan lintasan rata suwa;
(tao)
memperuntukkan mengenai cara dan kekerapan pemeriksaan sesuatu kereta api selepas kereta api telah dibuka;
Pengangkutan Awam Darat 237
(tap)
menyediakan bentuk dan kandungan apa-apa perkiraan atau perjanjian antara pengendali berlesen perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam dengan pemandu kenderaan perkhidmatan awam;
(taq)
memberi kuasa kepada mana-mana orang untuk menjalankan fungsi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam
Darat;
memperuntukkan bagi apa-apa perkara lain yang perlu atau suai manfaat bagi melaksanakan Akta ini.
Pada menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang berlainan bagi kelas, perihalan atau penggunaan yang berlainan kenderaan yang berkaitan atau kereta api dalam suatu cara pengangkutan awam darat yang tertentu.