Akta Perhutanan Negara 1984 · Updated to 1 Feb 2025 · Bahagian IX · Pelbagai
106. Perlindungan pegawai hutan, pegawai yang diberi kuasa, pegawai polis dan orang lain
Feedback & supportTiada apa-apa tindakan atau dakwaan boleh dibuat, dibawa atau disenggarakan di dalam mana-mana mahkamah terhadap mana-mana pegawai hutan, pegawai yang diberi kuasa atau pegawai polis sama ada secara persendirian atau atas kedudukan rasminya kerana atau oleh sebab atau berkenaan dengan sesuatu tindakan yang diperintahkan atau dilakukan olehnya atau berupa sebagai telah diperintahkan atau dilakukan olehnya bagi maksud menguatkuasakan Akta ini, dan tiada apa-apa guaman atau dakwaan boleh dibuat di mana-mana mahkamah terhadap mana-mana orang lain kerana atau oleh sebab atau berkenaan dengan sesuatu tindakan yang dilakukan atau berupa sebagai telah dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan mana-mana pegawai hutan, pegawai yang diberi kuasa atau pegawai polis yang diberi bagi apa-apa maksud seperti tersebut di atas:
Dengan syarat bahawa tindakan pegawai atau orang itu dilakukan dengan suci hati dan dengan kepercayaan yang munasabah bahawa ianya adalah perlu bagi maksud yang dicadang untuk dijalankan.
94 Undang-Undang Malaysia AKTA 313