Skip to content
In forceUpdated to 1 Feb 2025Read it in English

Bahagian IX · Pelbagai

103. Pemulaan pendakwaan

Feedback & support

Tiada pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan suatu keizinan bertulis

Pendakwa Raya.

Anggapan

*104. (1) Dalam mana-mana prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, setakat mana ia mungkin perlu untuk membuktikan kesalahan yang dipertuduhkan, maka hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya—

(a)

bahawa apa-apa hasil hutan adalah harta Pihak Berkuasa

Negeri;

(b)

bahawa apa-apa peta, pelan atau carta yang dikatakan berupa sebagai peta, pelan atau carta yang telah dibuat menurut kuasa Pengarah telah dibuat sedemikian dan adalah tepat;

*CATATAN—Bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Putrajaya–lihat P.U. (A) 450/2017 dan bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Labuan–lihat P.U. (A) 451/2017.

92 Undang-Undang Malaysia AKTA 313

(c)

bahawa apa-apa tanda yang diletakkan pada mana-mana pokok, kayu atau tanda sempadan suatu kawasan di bawah suatu lesen atau permit dalam kawasan hutan simpanan kekal atau tanah Kerajaan yang diletakkan oleh atau menurut kuasa pegawai hutan telah diletakkan sedemikian dan adalah tepat;

(d)

bahawa mana-mana orang yang ada dalam milikannya apa-apa hasil hutan telah mengambil atau mengalih hasil hutan itu tanpa suatu lesen atau permit yang dikeluarkan di bawah Akta ini;

(e)

bahawa mana-mana orang yang didapati berada di dalam kawasan hutan simpanan kekal atau tanah Kerajaan yang memiliki apa-apa jentera, peralatan atau pengangkut sebagaimana dinyatakan dalam Jadual Keenam bertujuan mengambil atau memindahkan apa-apa hasil hutan;

(f)

bahawa mana-mana orang yang didapati berada di dalam atau bersebelahan dengan kawasan hutan simpanan kekal atau tanah Kerajaan tempat pengambilan hasil hutan telah berlaku tanpa lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini, telah mengambil hasil hutan itu; dan

(g)

bahawa mana-mana jentera, peralatan atau pengangkut yang dinyatakan dalam Jadual Keenam yang didapati berada di dalam atau bersebelahan dengan kawasan hutan simpanan kekal atau tanah Kerajaan tempat pengambilan hasil hutan telah berlaku tanpa lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini, telah digunakan untuk mengambil hasil hutan.

Perakuan Pengarah mengenai nilai hasil hutan, dsb.

*105. (1) Dalam sesuatu prosiding di bawah Akta ini suatu perakuan yang ditandatangani oleh Pengarah menyatakan—

(a)

nilai sesuatu hasil hutan;

*CATATAN—Bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Putrajaya–lihat P.U. (A) 450/2017 dan bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Labuan–lihat P.U. (A) 451/2017.

Perhutanan Negara 93

(b)

amaun royalti, premium, ses dan caj lain yang kena dibayar berkenaan dengan mana-mana hasil hutan;

(c)

jumlah yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri di bawah subseksyen 24(2);

(d)

kos membaiki sesuatu kerosakan yang disebabkan oleh pesalah, boleh diterima sebagai keterangan dan hendaklah menjadi keterangan mengenai isi kandungannya, termasuk fakta yang ternyata di dalamnya, tanpa bukti mengenai tandatangan atas perakuan sedemikian.

(2)

Peruntukan seksyen ini hendaklah terpakai walau apa pun yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis lain atau kaedah keterangan yang berlawanan.

Report