Skip to content
In forceUpdated to 1 Feb 2025Read it in English

Bahagian IX · Pelbagai

111. Kaedah-kaedah

Feedback & support
(1)

Pihak Berkuasa Negeri boleh membuat kaedah-kaedah bagi menjalankan tujuan dan maksud Akta ini.

(2)

Khususnya dan tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), kaedah-kaedah sedemikian boleh—

(a)

menentukan dan memutuskan banyaknya dan takat bahagian, unit atau seksyen pentadbiran dan pengurusan hutan;

(b)

mengawal selia atau melarang penyalaan api di atas tanah

Kerajaan dan tanah beri milik yang bersempadan terus dengan mana-mana hutan simpanan kekal dan menetapkan pengawasan dan tindakan yang perlu diambil untuk mencegah merebaknya kebakaran;

96 Undang-Undang Malaysia AKTA 313

(c)

mengawal selia atau melarang penebangan, pemotongan, penggelangan, penandaan, penutuhan, penorehan atau pembencanaan dengan api atau selainnya, sesuatu pokok atau kayu, pemindahan kayu, dan pengutipan dan pemindahan hasil hutan lain amnya;

(d)

mengawal selia pemberian percuma atau pemberian dengan kadar yang kurang mengenai hasil hutan;

(e)

mengawal selia cara yang patut digunakan oleh pemegang lesen atau pemegang lesen kecil dalam mengambil hasil hutan di atas dan dari kawasan lesen atau kawasan lesen kecil dan semua aktiviti yang berkaitan dengannya termasuk pengawasan yang patut diambil bagi mencegah dan merebaknya kebakaran;

(f)

melarang apa jua urus niaga berkenaan jenis hasil hutan tertentu;

(g)

menetapkan tempat, jalan, gaya dan cara bagaimana hasil hutan boleh dibawa masuk, dibawa keluar atau dipindahkan di dalam Negeri itu;

(h)

melarang pengambilan atau pemindahan hasil hutan tanpa suatu pas pemindah dan untuk mengadakan peruntukan bagi pengeluaran, pengemukaan dan pemulangan pas sedemikian;

(ha)

menetapkan bentuk suatu pas selain pas pemindah dan mengadakan peruntukan bagi pengeluaran, pengemukaan dan pemulangan pas itu;

(i)

dalam hal kayu yang dijadikan rakit atau diikatkan di tepi pantai atau tebing sungai, melarang pelonggaran atau penghanyutan kayu sedemikian oleh mana-mana orang yang bukan pemunyanya atau yang tidak bertindak bagi pihak

Pihak Berkuasa Negeri;

(j)

mengadakan peruntukan bagi penahanan, laporan, pemeriksaan dan penandaan hasil hutan yang dalam perjalanan;

Perhutanan Negara 97

(k)

menubuhkan balai pemeriksaan kepada mana hasil hutan hendaklah dibawa oleh orang yang menjaganya bagi pemeriksaan atau bagi pembayaran wang yang kena dibayar kepada *Pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengannya atau supaya suatu tanda diletakkan kepadanya bagi maksud Akta ini, dan menetapkan syarat di bawah mana hasil hutan patut dibawa, ditahan dan dipindahkan dari balai pemeriksaan itu;

(l)

mengadakan peruntukan mengenai pengurusan dan pengawalan balai pemeriksaan sedemikian;

(m)

menetapkan cara mengukur hasil hutan bagi maksud mentaksir royalti, premium, ses atau caj lain yang kena dibayar di bawah Akta ini;

(n)

mengawal selia pemilikan tukul penanda atau alat lain yang digunakan bagi menanda kayu;

(o)

mengawal selia penggunaan tanda harta dan menetapkan tatacara dan fi yang kena dibayar bagi pendaftaran tanda sedemikian;

(p)

secara am menetapkan fi dan bayaran lain yang kena dibayar di bawah Akta ini dan cara bagi memungut dan mengganti bayar fi sedemikian;

(q)

menetapkan borang yang hendak digunakan bagi maksud

Akta ini;

(r)

mengawal selia cara dan standard pembinaan jalan hutan serta penggunaan dan kawalannya;

(s)

mengadakan peruntukan yang berhubungan dengan pentadbiran, pembangunan dan aktiviti hutan simpanan kekal yang dikelaskan di bawah subseksyen 10(1);

(t)

mengadakan peruntukan mengenai perkara yang berhubungan dengan pengeluaran lesen, lesen kecil, permit penggunaan,

*CATATAN—Bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Putrajaya–lihat P.U. (A) 450/2017 dan bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Labuan–lihat P.U. (A) 451/2017.

98 Undang-Undang Malaysia AKTA 313

lesen pemindah, permit jalan dan permit masuk;

(u)

menetapkan fi yang kena dibayar bagi lesen, lesen kecil, permit penggunaan, lesen pemindah, permit jalan dan permit masuk;

(ua)

menetapkan cara untuk menjalankan suatu siasatan awam sebelum Pihak Berkuasa Negeri mengeluarkan mana-mana kawasan tanah daripada suatu hutan simpanan kekal;

(v)

menetapkan penalti dengan mana pelanggaran mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dihukum dengan denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya;

(w)

setakat yang ia tidak termasuk dalam perenggan yang tersebut dahulu, mengadakan peruntukan mengenai segala tatacara dan perkara lain yang diperlukan atau dibenarkan untuk ditetapkan oleh Akta ini atau yang perlu atau bermanfaat untuk ditetapkan bagi menjalankan atau melaksanakan peruntukan Akta ini.

(3)

Sesuatu kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh memperuntukkan bahawa sesuatu kaedah atau kaedah-kaedah tertentu tidak terpakai bagi hasil hutan dari sesuatu kelas tertentu atau bagi sesuatu bahagian tertentu Negeri itu.

Report

Bahagian X

Schedules