Akta Perhutanan Negara 1984 · Updated to 1 Feb 2025 · Bab 2 · Lesen
20. Kehendak yang perlu dipenuhi oleh pemohon
Feedback & supportMelainkan jika dikecualikan oleh Pihak Berkuasa Negeri, sebelum sesuatu lesen dikeluarkan, Pengarah boleh menghendaki pemohon membuat mana-mana atau kesemua perkara yang berikut:
(a)
menandakan di atas tanah itu sempadan kawasan atau sebahagian daripadanya yang diliputi oleh lesen tersebut, kedudukan dan keluasannya hendaklah ditentukan oleh
Pengarah mengikut peruntukan lesen itu, yang kendalian akan dijalankan oleh pemohon apabila menjadi pemegang lesen;
(b)
menyediakan—
(i)
rancangan pengurusan hutan atau rancangan mengusaha hasil hutan; dan
(ii)
rancangan penghutanan semula mengikut cara yang dinyatakan oleh Pengarah;
(c)
mendaftar dengan Pengarah suatu tanda harta yang diluluskan oleh Pengarah.