Akta Perhutanan Negara 1984 · Updated to 1 Feb 2025 · Bab 2 · Lesen
23. Lesen tidak boleh dipindah milik atau diserah hak
Feedback & support(1)
Kecuali sebagaimana diperuntukkan dalam subseksyen (2) dan (3), suatu lesen tidak boleh dipindah milik atau diserah hak dan tiap-tiap lesen hendaklah tamat atas kematian orang, atau pembubaran perbadanan, yang pada masa itu adalah pemegang lesen tersebut.
(2)
Suatu lesen yang dikeluarkan kepada badan berkanun boleh dipindah milik atau diserah hak dengan persetujuan bertulis terlebih dahulu daripada Pihak Berkuasa Negeri.
(3)
Pihak Berkuasa Negeri boleh, sekiranya orang yang sedang menjadi pemegang lesen itu mati atau tidak berupaya, membenarkan lesen itu dipindah milik atau diserah hak.