Skip to content
In forceUpdated to 1 Feb 2025Read it in English

Bab 2 · Lesen

27. Penggantungan dan pembatalan lesen berikutan penyampaian notis Borang 2

Feedback & support
(1)

Kecuali jika notis Borang 2 telah terlebih dahulu dibatalkan di bawah seksyen 26, Pengarah hendaklah dalam tempoh enam puluh hari dari penyampaian notis itu, menghendaki pemegang lesen yang dinamakan dalam notis itu supaya hadir di hadapannya dan memberi sebab mengapa lesennya tidak patut digantung atau dibatalkan.

(2)

Seseorang yang dipanggil untuk memberi sebab di bawah subseksyen (1) hendaklah diberi oleh Pengarah secara bertulis butir-butir pelanggaran yang dikatakan terhadapnya, dan dia boleh hadir sendiri atau diwakili oleh mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya secara bertulis.

(3)

Jika selepas perbicaraan itu Pengarah berpuas hati bahawa pemegang lesen itu telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau lesen itu, dia boleh—

(a)

membatalkan lesen itu; atau

(b)

menggantung lesen itu bagi sesuatu tempoh sebagaimana ditentukannya.

(4)

Seseorang yang terkilan dengan sesuatu keputusan Pengarah di bawah subseksyen (3) boleh, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh keputusan itu diterima olehnya, merayu kepada Pihak Berkuasa

Negeri yang keputusannya adalah muktamad.

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 313

(5)

Suatu keputusan Pengarah di bawah subseksyen (3) hendaklah berkuat kuasa dengan serta-merta tanpa mengira apa-apa rayuan di bawah subseksyen (4).

Report

Bab 3

Lesen Kecil

Bab 4

Permit Penggunaan

Bab 5

Lesen Pemindah

Bab 6

Kemasukan dalam Hutan Simpanan Kekal

Bab 7

Jalan dalam Hutan Simpanan Kekal dan Kawasan Lesen

Bab 8

Kumpulan Wang Pembangunan Hutan

Bahagian V

Royalti dan Premium

Bab 1

Royalti

Bab 2

Penandaan Hasil Hutan

Bab 3

Pengukuran Hasil Hutan

Bab 4

Pemilikan Hasil Hutan

Bahagian VI

Kayu Tidak Dituntut

Bahagian VII

Pelbagai Kesalahan dan Penalti

Bahagian VIII

Penguatkuasaan

Bab 1

Kuasa Menangkap, Menggeledah, Menyita dan Menyiasat

Bab 2

Peruntukan Mengenai Barang yang Disita

Bab 3

Pelbagai

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian X

Schedules