Skip to content
In forceUpdated to 1 Feb 2025Read it in English

Bab 8 · Kumpulan Wang Pembangunan Hutan

57. (1) Maka hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang itu—

Feedback & support
(a)

sejumlah wang yang akan diperuntukkan secara tahunan oleh

Dewan Undangan Negeri yang perlu bagi maksud Kumpulan

Wang itu bagi tahun kewangan yang berikutnya;

(b)

ses pembangunan hutan yang dipungut di bawah seksyen 60;

(c)

apa-apa pinjaman atau pemberian yang diberikan kepada

Pihak Berkuasa Negeri oleh Kerajaan Persekutuan bagi maksud Kumpulan Wang itu;

(d)

apa-apa wang yang dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri di bawah subseksyen 24(2); dan

(e)

semua wang yang dipungut di bawah undang-undang hutan terdahulu oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi maksud membiayai penyelidikan hutan, kerja silvikultur, mengukur hutan, inventori dan kerja lain yang berkaitan dengan pembangunan hutan di dalam Negeri, yang masih tidak dibelanjakan.

(2)

Semua wang yang dibayar ke dalam Kumpulan Wang hendaklah—

(a)

didepositkan dalam Bank Negara Malaysia atau dalam mana-mana bank yang dilesen dengan sempurnanya

*CATATAN—Bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Putrajaya–lihat P.U. (A) 450/2017 dan bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Labuan–lihat P.U. (A) 451/2017.

52 Undang-Undang Malaysia AKTA 313

di bawah *Akta Bank 1973 [Akta 102]; atau

(b)

dilabur mengikut peruntukan Akta Pemegang Amanah 1949

[Akta 208].

Tujuan Kumpulan Wang

**58. Kumpulan Wang hendaklah digunakan bagi tujuan berikut:

(a)

menyediakan rancangan pengurusan hutan Negeri yang diperlukan di bawah perenggan 4(b);

(b)

menyediakan dan melaksanakan rancangan penghutanan semula yang diperlukan di bawah perenggan 4(c);

(c)

mengkaji semula rancangan pengurusan hutan Negeri dan rancangan penghutanan semula yang diperlukan di bawah perenggan 4(d);

(d)

menyediakan dan melaksanakan program berhubungan dengan hutan simpanan kekal yang diperlukan di bawah perenggan 4(e);

(e)

apa-apa perbelanjaan yang ditanggung oleh Pihak Berkuasa

Negeri dalam melaksanakan rancangan penghutanan semula di bawah seksyen 24; dan

(f)

apa-apa perbelanjaan yang ditanggung oleh Pihak Berkuasa

Negeri dalam menguruskan dan menjalankan pembangunan mampan hutan simpanan kekal.

Report

Bahagian V

Royalti dan Premium

Bab 1

Royalti

Bab 2

Penandaan Hasil Hutan

Bab 3

Pengukuran Hasil Hutan

Bab 4

Pemilikan Hasil Hutan

Bahagian VI

Kayu Tidak Dituntut

Bahagian VII

Pelbagai Kesalahan dan Penalti

Bahagian VIII

Penguatkuasaan

Bab 1

Kuasa Menangkap, Menggeledah, Menyita dan Menyiasat

Bab 2

Peruntukan Mengenai Barang yang Disita

Bab 3

Pelbagai

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian X

Schedules