Akta Perhutanan Negara 1984 · Updated to 1 Feb 2025 · Bab 8 · Kumpulan Wang Pembangunan Hutan
60. Section 60
Feedback & support**(1) Bagi tujuan Kumpulan Wang, maka hendaklah kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri suatu ses (dikenali sebagai ses pembangunan hutan) mengenai apa-apa hasil hutan, yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga, yang dikeluarkan dari mana-mana hutan simpanan kekal, tanah Kerajaan, tanah rizab, tanah lombong atau tanah beri milik, mengikut kadar yang ditetapkan dalam Jadual tersebut.
Pihak Berkuasa Negeri boleh, dengan perintah,—
menetapkan cara pungutan ses itu; dan
meminda Jadual Ketiga.
*CATATAN—Bagi Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya, gantikan subseksyen (4) dengan subseksyen berikut:
“(4) Menteri hendaklah menyebabkan supaya suatu salinan penyata dan pandangan yang diberi kepadanya di bawah subseksyen (3) dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.”.
lihat P.U.
450/2017 dan P.U.
451/2017.
**CATATAN—Bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Putrajaya–lihat P.U. (A) 450/2017 dan bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Labuan–lihat P.U. (A) 451/2017.
54 Undang-Undang Malaysia AKTA 313
Subseksyen (1) tidak terpakai bagi pemindahan hasil hutan oleh pemegang lesen yang telah dikehendaki menjalankan program penghutanan semula di bawah seksyen 24.