Skip to content
In forceUpdated to 1 Feb 2025Read it in English

Bab 8 · Kumpulan Wang Pembangunan Hutan

60A. Kuasa untuk mengurangkan, melepaskan atau mengecualikan ses pembangunan hutan

Feedback & support
(1)

Walau apa pun seksyen 60, Pihak Berkuasa Negeri boleh mengurangkan, meringankan atau melepaskan suatu ses pembangunan hutan, atau mengecualikan pembayaran suatu ses pembangunan hutan, berkenaan dengan mana-mana hasil hutan yang dinyatakan dalam

Jadual Ketiga, yang dikeluarkan dari mana-mana hutan simpanan kekal, tanah Kerajaan, tanah rizab, tanah lombong atau tanah beri milik.

(2)

Tertakluk pada apa-apa arahan yang berlawanan oleh Pihak

Berkuasa Negeri, Pengarah boleh mengurangkan, meringankan atau melepaskan suatu ses pembangunan hutan, atau mengecualikan pembayaran suatu ses pembangunan hutan—

(a)

berkenaan dengan apa-apa hasil hutan atau kelas hasil hutan bagi maksud yang berikut:

(i)

bagi maksud saintifik, atau maksud bukan komersial yang lain;

(ii)

untuk menggalakkan penggunaan pelbagai ukuran dan jenis hasil hutan yang kurang atau tiada permintaan pasaran dan yang selainnya tidak menguntungkan jika diambil;

(iii)

untuk menggalakkan pengambilan hasil hutan yang dirosakkan oleh kebakaran, perosak, penyakit atau sebab lain; atau

(iv)

bagi pembinaan jalan hutan atau apa-apa kerja kemudahan awam;

(b)

berkenaan dengan apa-apa hasil hutan atau kelas hasil hutan

Perhutanan Negara 55

yang dikeluarkan dari mana-mana tanah Kerajaan atau tanah beri milik oleh mana-mana orang asli—

(i)

bagi pembinaan dan pembaikan pondok sementara atas mana-mana tanah yang diduduki secara sah oleh orang asli itu;

(ii)

bagi penyenggaraan kelong menangkap ikan dan tempat mendarat;

(iii)

bagi kayu api atau maksud domestik lain; atau

(iv)

bagi pembinaan atau penyenggaraan apa-apa kerja bagi faedah bersama orang asli.

Report

Bahagian V

Royalti dan Premium

Bab 1

Royalti

Bab 2

Penandaan Hasil Hutan

Bab 3

Pengukuran Hasil Hutan

Bab 4

Pemilikan Hasil Hutan

Bahagian VI

Kayu Tidak Dituntut

Bahagian VII

Pelbagai Kesalahan dan Penalti

Bahagian VIII

Penguatkuasaan

Bab 1

Kuasa Menangkap, Menggeledah, Menyita dan Menyiasat

Bab 2

Peruntukan Mengenai Barang yang Disita

Bab 3

Pelbagai

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian X

Schedules