Akta Perhutanan Negara 1984 · Updated to 1 Feb 2025 · Bab 1 · Kuasa Menangkap, Menggeledah, Menyita dan Menyiasat
90. Menggeledah dengan waran
Feedback & supportJika ternyata pada Majistret, berdasarkan suatu maklumat bertulis daripada seorang pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Pegawai Hutan Daerah, seorang pegawai yang diberi kuasa atau seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan dan selepas apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Majistret itu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana premis telah digunakan untuk atau bahawa dalam mana-mana premis ada tersembunyi atau diletakkan apa-apa hasil hutan yang mengenainya suatu kesalahan hutan sedang atau telah dilakukan, Majistret itu boleh mengeluarkan waran memberi kuasa kepada mana-mana pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Pegawai Hutan
Daerah, mana-mana pegawai yang diberi kuasa atau mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan yang dinamakan dalam waran itu, pada waktu malam atau siang dan dengan
76 Undang-Undang Malaysia AKTA 313
atau tanpa bantuan, untuk memasuki premis itu dan jika perlu dengan menggunakan kekerasan.
Tanpa menjejaskan subseksyen
,
Majistret boleh mengeluarkan waran memberi kuasa kepada pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Pegawai Hutan Daerah, pegawai yang diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan itu untuk—
menggeledah premis itu bagi, dan untuk menyita atau memindahkan dari premis itu mana-mana hasil hutan, bekas, bungkusan, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dipercayai dengan munasabah dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu;
mengambil sampel mana-mana hasil hutan atau benda lain yang dijumpai di dalam premis itu bagi maksud menentukan, melalui pengujian atau selainnya, sama ada kesalahan itu telah dilakukan; dan
membuat salinan atau mengambil cabutan daripada mana-mana buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dijumpai di dalam premis itu.
Mana-mana pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Pegawai Hutan Daerah, mana-mana pegawai yang diberi kuasa atau mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan yang bertindak di bawah seksyen ini boleh—
memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam atau tingkap premis itu atau mana-mana pagar, kepungan, pintu pagar atau galangan lain ke premis itu, untuk masuk ke dalam premis itu;
memindahkan secara paksa mana-mana galangan terhadap kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pemindahan itu sebagaimana yang diberi kuasa kepadanya di bawah seksyen ini; dan
Perhutanan Negara 77
menahan mana-mana orang yang dijumpai di dalam premis sehingga premis itu selesai digeledah.
Seorang pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada
Penolong Pegawai Hutan Daerah, seorang pegawai yang diberi kuasa atau seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada
Sarjan yang menjalankan penggeledahan di bawah seksyen ini boleh, bagi maksud menyiasat kesalahan hutan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu.