Akta Perhutanan Negara 1984 · Updated to 1 Feb 2025 · Bab 1 · Kuasa Menangkap, Menggeledah, Menyita dan Menyiasat
91A. Pemeriksaan orang
Feedback & supportSeseorang pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Pegawai Hutan Daerah, seseorang pegawai yang diberi kuasa atau seseorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan yang membuat pemeriksaan ke atas seseorang di bawah seksyen 90 atau 91 boleh menyita atau mengambil milik, dan menyimpan dalam jagaan selamat semua benda, selain pakaian yang
78 Undang-Undang Malaysia AKTA 313
perlu yang dijumpai pada orang itu, dan apa-apa benda yang baginya ada sebab untuk mempercayai bahawa benda itu merupakan peralatan atau keterangan lain bagi kesalahan hutan itu boleh ditahan sehingga orang itu dilepaskan atau dibebaskan.