Skip to content
In forceUpdated to 1 Feb 2025Read it in English

Bab 1 · Kuasa Menangkap, Menggeledah, Menyita dan Menyiasat

92. Kuasa untuk memberhenti, menggeledah dan menyita pengangkut

Feedback & support
(1)

Jika seseorang pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pengawas Hutan, seseorang pegawai yang diberi kuasa atau seseorang pegawai polis mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa mana-mana pengangkut sedang membawa mana-mana hasil hutan, bekas, bungkusan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang berkenaan dengannya suatu kesalahan hutan sedang atau telah dilakukan, pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pengawas Hutan, pegawai yang diberi kuasa atau pegawai polis itu boleh memberhentikan dan menggeledah pengangkut itu dan boleh, jika atas pemeriksaan dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa pengangkut itu sedang atau telah digunakan untuk melakukan kesalahan itu, menyita pengangkut itu dan mana-mana hasil hutan, bekas, bungkusan, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dijumpai di dalam pengangkut itu yang dengan semunasabahnya dipercayai memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu.

(2)

Orang yang mengawal atau menjaga pengangkut itu hendaklah, jika dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pengawas Hutan, pegawai yang diberi kuasa atau pegawai polis itu—

(a)

memberhentikan pengangkut tersebut dan membenarkan pegawai hutan atau pegawai polis itu memeriksanya; dan

(b)

membuka semua bahagian pengangkut tersebut untuk diperiksa dan mengambil segala langkah yang perlu bagi membolehkan atau memudahkan perjalanan pemeriksaan itu sebagaimana difikirkan perlu dibuat oleh pegawai hutan atau pegawai polis itu.

Perhutanan Negara 79

(2A)

Pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada

Pengawas Hutan, pegawai yang diberi kuasa atau pegawai polis itu boleh, dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, jika perlu untuk berbuat demikian, menahan mana-mana orang yang ditemui di dalam pengangkut itu sehingga selesai penggeledahan itu.

(3)

(Dipotong oleh Akta A1167).

Report

Bab 2

Peruntukan Mengenai Barang yang Disita

Bab 3

Pelbagai

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian X

Schedules