Skip to content

Seksyen 65

of Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007

ActIn forceProvision 65 of 112

Seksyen 65

(1)

Tribunal boleh, pada penutup prosiding di hadapannya, memerintahkan supaya apa-apa dokumen, rekod, bahan atau harta lain yang dikemukakan semasa prosiding itu dihantarserahkan kepada pemunyanya yang sah atau dilupuskan mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut.

(2)

Jika tiada seorang pun menerima penghantarserahan dokumen, rekod, bahan atau harta lain yang disebut dalam subseksyen (1), selepas tempoh enam bulan, pemunyaan dokumen, rekod, bahan atau harta lain itu hendaklah disifatkan telah berpindah kepada dan menjadi terletak hak pada Kerajaan.