Skip to content

Seksyen 151

Alamat bagi penyampaian

of Akta Cap Dagangan 2019

ActIn forceProvision 151 of 161
Seksyen 151
(1)

Bagi maksud Akta ini, suatu alamat bagi penyampaian di

Malaysia seorang pemohon, mana-mana orang yang membangkang pendaftaran cap dagangan atau mana-mana orang lain yang terlibat dalam apa-apa prosiding di hadapan Pendaftar, yang menetap atau menjalankan perniagaan secara prinsipalnya di Malaysia hendaklah diberikan kepada Pendaftar mengikut cara sebagaimana ditentukan oleh Pendaftar.

(2)

Alamat yang diberikan kepada Pendaftar di bawah subseksyen (1) hendaklah dicatatkan ke dalam rekod Pendaftar atau

Daftar dan hendaklah disifatkan sebagai alamat bagi penyampaian orang itu di bawah subseksyen (1) bagi semua prosiding di hadapan

Pendaftar.

(3)

Alamat bagi penyampaian boleh diubah dengan memberitahu

Pendaftar dalam bentuk yang ditentukan olehnya dan dalam tempoh yang ditetapkan yang hendaklah dicatatkan ke dalam rekod

Pendaftar atau Daftar.

(4)

Setelah menerima permintaan perubahan dalam subseksyen (3), bersama-sama dengan pembayaran fi yang ditetapkan,

138

Undang-Undang Malaysia

Pendaftar hendaklah mengubah alamat bagi penyampaian orang di bawah subseksyen (1) yang boleh menjejaskan sebahagian atau semua permohonannya untuk pendaftaran atau cap dagangan berdaftar.

(5)

Pendaftar boleh enggan meneruskan permohonan atau pendaftaran cap dagangan jika alamat bagi penyampaian sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen (1) tidak diberikan.

(6)

Jika orang yang dinyatakan dalam subseksyen (1) tidak menetap atau menjalankan perniagaan di Malaysia, dia hendaklah melantik dan memberi kuasa kepada ejen cap dagangan berdaftar untuk bertindak baginya mengikut cara yang ditetapkan.

(7)

Apabila orang yang disebut dalam subseksyen (1) melantik dan memberi kuasa kepada ejen cap dagangan berdaftar untuk bertindak baginya, alamat penyampaian ejen cap dagangan berdaftar yang hendaklah dicatatkan ke dalam rekod Pendaftar atau Daftar itu, hendaklah disifatkan sebagai alamat bagi penyampaian orang di bawah subseksyen (1) bagi semua prosiding di hadapan Pendaftar.