Akta Cap Dagangan 2019 · Updated to 18 Mar 2022 · Bahagian XVIII · Pelbagai dan Am
162. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Feedback & supportTertakluk pada peruntukan Akta ini, Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud melaksanakan peruntukan
Akta ini.
Pada khususnya dan tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh mengadakan peruntukan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
untuk mengawal selia amalan, selain yang berhubungan dengan prosiding di hadapan mahkamah atau yang berkaitan dengannya, di bawah Akta ini termasuk penyampaian dokumen;
untuk mengelaskan barang-barang atau perkhidmatan bagi maksud pendaftaran cap dagangan;
untuk mengadakan peruntukan bagi semua perkara yang berhubungan dengan pendaftaran cap dagangan termasuk pembaharuan cap dagangan berdaftar;
untuk mengadakan peruntukan bagi semua perkara yang berhubungan dengan pengubahan atau pemotongan sukarela bagi cap dagangan berdaftar, pembatalan atau ketidaksahan pendaftaran, atau pembetulan Daftar;
untuk menjamin dan mengawal selia penerbitan dan penjualan atau pengedaran mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Menteri bagi salinan cabutan cap dagangan dan dokumen lain daripada rekod atau Daftar;
Cap Dagangan 145
untuk menetapkan fi yang hendaklah dibayar bagi apa-apa perkara atau benda di bawah Akta ini;
untuk mengawal selia semua perkara yang berhubungan dengan ejen cap dagangan berdaftar;
untuk mengawal selia perkara yang berhubungan dengan penyenaraian pendaftaran barang-barang atau perkhidmatan yang terdiri daripada lebih daripada satu kelas dalam satu permohonan;
untuk mengawal selia semua perkara yang berhubungan dengan pembahagian permohonan bagi pendaftaran atau cap dagangan berdaftar;
untuk mengawal selia semua perkara yang berhubungan dengan penggabungan permohonan bagi pendaftaran atau cap dagangan berdaftar;
untuk mengawal selia semua perkara yang berhubungan dengan cap perakuan dan cap kolektif;
untuk mengawal selia semua perkara yang berhubungan dengan suatu siri cap dagangan;
untuk mengawal selia secara umum mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan operasi perniagaan yang berhubungan dengan cap dagangan yang dijalankan di mana-mana Pejabat Cap Dagangan sama ada atau tidak secara khusus ditetapkan di bawah Akta ini tetapi setakat yang tidak bercanggah dengan mana-mana peruntukan Akta ini;
untuk mengawal selia perkara-perkara dalam menentukan sama ada suatu cap dagangan terkenal dan telah memenuhi kehendak yang ditetapkan di bawah
Perkara 6bis Konvensyen Paris dan Perkara 16
Perjanjian TRIPS;
untuk mengawal selia penggunaan cap dagangan termasuk bagaimana cap dagangan itu dipakaikan pada atau dipakaikan berhubung dengan barang-
146
Undang-Undang Malaysia barang atau perkhidmatan;
untuk mengawal selia perkara yang berhubungan dengan penggunaan cap dagangan dalam internet;
untuk mengadakan peruntukan bagi cara dan kesan suatu pemotongan dan untuk melindungi kepentingan orang lain yang mempunyai hak dalam cap dagangan berdaftar;
untuk mengawal selia semua perkara yang berhubungan dengan langkah-langkah sempadan;
untuk menetapkan catatan, butir-butir atau perkara yang akan dicatatkan ke dalam rekod atau Daftar;
dan
untuk menetapkan bagi semua perkara yang berhubungan dengan rayuan yang difailkan di
Mahkamah berikutan keputusan Pendaftar yang berhubungan dengan masa untuk memulakan tindakan atau cara permohonan dibuat bagi pelanjutan masa itu, tertakluk pada peruntukan kaedah-kaedah mahkamah.
Tertakluk pada peruntukan Akta ini, Jawatankuasa
Kaedah-Kaedah yang ditubuhkan di bawah Akta Mahkamah
Kehakiman 1964, boleh membuat kaedah-kaedah bagi mahkamah untuk mengawal selia amalan dan tatacara berhubung dengan prosiding di hadapan Mahkamah atau yang berkaitan dengannya dan juga kos bagi prosiding itu.