Akta Cap Dagangan 2019 · Updated to 18 Mar 2022 · Bahagian XVIII · Pelbagai dan Am
152. Kuasa Pendaftar untuk membenarkan pindaan dokumen
Feedback & supportPendaftar boleh, apabila suatu permohonan mengikut bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar bersama-sama dengan pembayaran fi yang ditetapkan dan atas apa-apa terma mengenai kos sebagaimana yang difikirkannya adil, sama ada bagi maksud meminda suatu kesalahan perkeranian atau kesilapan yang jelas, membenarkan pindaan—
suatu permohonan bagi pendaftaran cap dagangan;
notis bangkangan;
kenyataan balas; atau
apa-apa dokumen yang difikirkan patut oleh
Pendaftar.
Pindaan yang terpakai di bawah subseksyen (1), tidak dibenarkan, di bawah seksyen ini jika pindaan itu akan memberi kesan yang substantial kepada—
Cap Dagangan 139
identiti cap dagangan sebagaimana yang dinyatakan dalam permohonan sebelum pindaan atau tanpa memperluas dengan apa-apa cara hak yang diberikan oleh pendaftaran cap dagangan yang sedia ada; atau
kandungan dokumen yang difailkan dengan Pejabat
Cap Dagangan.