Skip to content
In forceUpdated to 18 Mar 2022Read it in English

Bahagian XVIII · Pelbagai dan Am

163. Rayuan terhadap Pendaftar

Feedback & support

Walau apa pun mana-mana peruntukan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan semakan kehakiman, mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan

Pendaftar berhubung dengan perkara-perkara yang berikut boleh membuat rayuan kepada Mahkamah:

(a)

keputusan

Pendaftar yang berhubungan dengan pemeriksaan permohonan di bawah subseksyen 29(8);

Cap Dagangan 147

(b)

keputusan Pendaftar untuk tidak membenarkan apa-apa pindaan permohonan bagi pendaftaran cap dagangan di bawah seksyen 33;

(c)

keputusan Pendaftar yang berhubungan dengan prosiding bangkangan di bawah subseksyen 35(10);

(d)

keputusan Pendaftar untuk tidak membenarkan apa-apa pengubahan cap dagangan berdaftar di bawah seksyen 42;

(e)

keputusan Pendaftar untuk tidak membenarkan apa-apa pembetulan Daftar di bawah seksyen 43;

(f)

keputusan yang berhubungan dengan pembatalan pendaftaran oleh Pendaftar di bawah subseksyen 45(4);

(g)

keputusan

Pendaftar yang berhubungan dengan pendaftaran apa-apa transaksi yang menyentuh mana-mana cap dagangan berdaftar di bawah seksyen 65;

(h)

keputusan Pendaftar yang berhubungan dengan apa-apa permohonan bagi pendaftaran cap dagangan sebagai suatu objek harta di bawah seksyen 67;

(i)

keputusan

Pendaftar yang berhubungan dengan pendaftaran ejen cap dagangan di bawah seksyen 97;

(j)

keputusan Pendaftar untuk tidak membenarkan pindaan dokumen di bawah seksyen 152; dan

(k)

keputusan Pendaftar di bawah perenggan 6 Jadual

Pertama dan Jadual Kedua.

148

Undang-Undang Malaysia

Report

Bahagian XIX

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules