Skip to content
In forceUpdated to 18 Mar 2022Read it in English

Bahagian XIX · Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

171. Penyerahhakan, dsb., cap berdaftar

Feedback & support
(1)

Seksyen 64 Akta ini terpakai bagi transaksi yang berlaku selepas permulaan kuat kuasa Akta ini berhubung dengan suatu cap berdaftar sedia ada dan Akta yang dimansuhkan terus terpakai berhubung dengan transaksi yang berlaku sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini.

(2)

Catatan sedia ada di bawah seksyen 47 Akta yang dimansuhkan hendaklah dipindahkan pada permulaan kuat kuasa

Akta ini ke dalam Daftar yang disimpan di bawah Akta ini dan berkuat kuasa seolah-olah catatan itu dibuat di bawah seksyen 65

Akta ini.

(3)

Permohonan bagi pendaftaran di bawah seksyen 47 Akta yang dimansuhkan yang belum selesai di hadapan Pendaftar pada permulaan kuat kuasa Akta ini atau yang telah ditentukan oleh

Pendaftar tetapi belum dimuktamadkan sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah dikira sebagai permohonan bagi pendaftaran di bawah seksyen 65 dan 67 Akta ini dan hendaklah diteruskan dengan sewajarnya.

(4)

Bagi maksud subseksyen (3), Pendaftar boleh menghendaki pemohon untuk meminda permohonannya supaya mematuhi kehendak

Akta ini dan subseksyen (2) hendaklah terpakai berhubung dengan apa-apa catatan berbangkit dalam Daftar itu.

152

Undang-Undang Malaysia

(5)

Jika sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, seseorang telah berhak dengan penyerahhakan atau perpindahan kepada cap berdaftar sedia ada tetapi belum mendaftarkan haknya, apa-apa permohonan bagi pendaftaran selepas permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah dibuat di bawah seksyen 64 Akta ini.

(6)

Bagi maksud subseksyen (3) dan (5), subseksyen 47(3) Akta yang dimansuhkan hendaklah terus terpakai berkenaan dengan kesan kegagalan untuk mendaftar.

Report