Akta Cap Dagangan 2019 · Updated to 18 Mar 2022 · Bahagian XIX · Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan
179. Pembatalan bagi ketiadaan penggunaan
Feedback & support(1)
Permohonan di bawah seksyen 46 Akta yang dimansuhkan yang belum selesai pada permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah diuruskan di bawah Akta yang dimansuhkan dan apa-apa pengubahan yang perlu hendaklah dibuat pada Daftar dalam Akta ini.
(2)
Permohonan di bawah seksyen 46 Akta ini boleh dibuat berhubung dengan suatu cap berdaftar sedia ada selepas permulaan kuat kuasa Akta ini.
(3)
Walau apa pun subseksyen (2), permohonan bagi pembatalan pendaftaran cap berdaftar sedia ada yang didaftarkan di bawah seksyen 57 Akta yang dimansuhkan hanya boleh dibuat lima tahun selepas permulaan kuat kuasa Akta ini.