Akta Cap Dagangan 2019 · Updated to 18 Mar 2022 · Bahagian XIX · Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan
174. Penukaran permohonan yang belum selesai
Feedback & supportDalam hal permohonan yang menunggu pendaftaran yang belum diperiksa di bawah Akta yang dimansuhkan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, pemohon boleh memberikan notis kepada Pendaftar menuntut kebolehdaftaran cap itu ditentukan mengikut peruntukan Akta ini.
Notis itu hendaklah difailkan mengikut bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar bersama-sama dengan pembayaran fi yang ditetapkan dalam masa dua bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.
154
Undang-Undang Malaysia
Suatu notis yang difailkan di bawah subseksyen (2) tidak boleh dibatalkan dan hendaklah mempunyai kesan bahawa permohonan itu hendaklah dikira seolah-olah permohonan bagi pendaftaran dibuat selepas permulaan kuat kuasa Akta ini.