Akta Cap Dagangan 2019 · Updated to 18 Mar 2022 · Bahagian XIX · Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan
182. Ejen
Feedback & support(1)
Pendaftaran ejen yang dimohon di bawah Akta yang dimansuhkan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan seolah-olah dibuat di bawah seksyen 97 Akta ini dan jika didaftarkan, ejen itu hendaklah dikira sebagai ejen cap dagangan berdaftar di bawah Akta ini.
(2)
Kehendak bagi pembaharuan pendaftaran ejen cap dagangan di bawah Akta ini hendaklah terpakai bagi pendaftaran ejen yang diperoleh di bawah Akta yang dimansuhkan.