Akta Cap Dagangan 2019 · Updated to 18 Mar 2022 · Bahagian XIX · Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan
173. Permohonan yang belum selesai bagi pendaftaran
Feedback & supportSuatu permohonan bagi pendaftaran suatu cap di bawah
Akta yang dimansuhkan yang belum selesai pada permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah diuruskan di bawah Akta yang dimansuhkan, tertakluk pada subseksyen yang berikut, dan jika didaftarkan, cap itu hendaklah dikira bagi maksud seksyen ini sebagai cap berdaftar sedia ada.
Seksyen 22 Akta yang dimansuhkan tidak boleh diambil kira selepas mula berkuat kuasanya Akta ini bagi suatu permohonan bagi pendaftaran.
Seksyen 34 dan 35 Akta ini hendaklah terpakai bagi suatu permohonan bagi pendaftaran suatu cap di bawah Akta yang dimansuhkan yang sedang menunggu penyiaran pada permulaan kuat kuasa Akta ini.
Seksyen 32, 33 dan 155 Akta ini hendaklah terpakai bagi suatu permohonan bagi pendaftaran suatu cap di bawah Akta yang dimansuhkan yang sedang menunggu pendaftaran pada permulaan kuat kuasa Akta ini.
Seksyen 37 atau 38 Akta ini boleh terpakai berhubung dengan suatu permohonan bagi pendaftaran suatu cap di bawah
Akta yang dimansuhkan yang sedang menunggu pendaftaran pada permulaan kuat kuasa Akta ini.