Akta Cap Dagangan 2019 · Updated to 18 Mar 2022 · Bahagian XIX · Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan
177. Tempoh dan pembaharuan pendaftaran
Feedback & supportSubseksyen 39(1) Akta ini hendaklah terpakai berhubung dengan pendaftaran suatu cap dagangan menurut suatu permohonan yang dibuat selepas permulaan kuat kuasa Akta ini dan undang-undang yang dimansuhkan hendaklah terus terpakai berhubung dengan suatu cap dagangan yang didaftarkan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini.
Cap Dagangan 155
Subseksyen 39(2) dan seksyen 40 Akta ini hendaklah terpakai jika pembaharuan cap berdaftar sedia ada di bawah Akta yang dimansuhkan itu yang menjadi genap masa pada atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini dan Akta yang dimansuhkan hendaklah terus terpakai bagi cap berdaftar sedia ada itu jika pembaharuannya tidak menjadi genap masa pada atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini.
Bagi maksud subseksyen (2), fi pembaharuan di bawah Akta ini hendaklah terpakai tidak kira apa-apa fi telah dibayar sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini.