Akta Cap Dagangan 2019 · Updated to 18 Mar 2022 · Bahagian XIX · Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan
166. Cap berdaftar sedia ada
Feedback & supportMana-mana cap berdaftar sedia ada yang disimpan dalam
Daftar di bawah Akta yang dimansuhkan, tertakluk pada peruntukan Bahagian ini, hendaklah menjadi suatu cap dagangan berdaftar bagi maksud Akta ini.
Mana-mana cap berdaftar sedia ada yang didaftarkan sebagai cap dagangan perakuan dalam Daftar yang disimpan di bawah Akta yang dimansuhkan hendaklah menjadi suatu cap perakuan berdaftar bagi maksud Akta ini.
Mana-mana cap berdaftar sedia ada yang didaftarkan sebagai siri cap dagangan dalam Daftar yang disimpan di bawah Akta yang dimansuhkan hendaklah juga didaftarkan dalam Daftar yang disimpan di bawah Akta ini bagi maksud Akta ini.
150
Undang-Undang Malaysia
Mana-mana petunjuk bahawa cap berdaftar sedia ada berkait dengan apa-apa cap lain hendaklah terhenti berkuat kuasa pada permulaan kuat kuasa Akta ini.
Suatu syarat, penafian atau pengehadan yang dicatatkan dalam Daftar di bawah Akta yang dimansuhkan berhubung dengan suatu cap berdaftar sedia ada sebaik sebelum permulaan kuat kuasa
Akta ini hendaklah disatukan dalam Daftar yang disimpan di bawah
Akta ini dan berkuat kuasa seolah-olah telah dicatatkan dalam
Daftar menurut seksyen 36 Akta ini.
Seksyen 37 dan 38 Akta ini boleh terpakai berhubung dengan cap berdaftar sedia ada di bawah Akta yang dimansuhkan pada permulaan kuat kuasa Akta ini.