Skip to content
In forceUpdated to 18 Mar 2022Read it in English

Bahagian XIX · Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

172. Pelesenan cap berdaftar

Feedback & support
(1)

Seksyen 69 Akta ini terpakai hanya berhubung dengan lesen yang diberikan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini dan

Akta yang dimansuhkan terus terpakai berhubung dengan lesen yang diberikan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini sehingga lesen itu habis tempoh.

(2)

Catatan sedia ada di bawah seksyen 48 Akta yang dimansuhkan hendaklah dipindahkan pada permulaan kuat kuasa Akta ini ke dalam

Daftar yang disimpan di bawah Akta ini dan berkuat kuasa seolah-olah catatan itu dibuat di bawah seksyen 65 Akta ini.

(3)

Suatu permohonan bagi pendaftaran sebagai pengguna berdaftar yang belum selesai di hadapan Pendaftar pada permulaan kuat kuasa Akta ini atau yang telah ditentukan oleh Pendaftar tetapi belum dimuktamadkan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dikira sebagai suatu permohonan bagi pendaftaran suatu lesen di bawah seksyen 65 atau 67 Akta ini dan hendaklah diteruskan dengan sewajarnya.

(4)

Pendaftar boleh menghendaki pemohon untuk meminda permohonannya supaya mematuhi kehendak Akta ini dan subseksyen (2) hendaklah terpakai berhubung dengan apa-apa catatan berbangkit dalam Daftar itu.

(5)

Apa-apa prosiding yang belum selesai pada permulaan kuat kuasa Akta ini di bawah subseksyen 49(1) Akta yang dimansuhkan hendaklah diuruskan di bawah Akta yang dimansuhkan dan apa-apa pengubahan yang perlu hendaklah dibuat pada Daftar di bawah

Akta ini.

Cap Dagangan 153

Report