Wildlife Conservation Act 2010 · Updated to 1 Oct 2014 · Bahagian VIII · Kuasa yang Berhubungan Dengan Penguatkuasaan
93. Kuasa menangkap
Feedback & support(1)
Seseorang pegawai penguat kuasa boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang dia semunasabahnya percaya telah melakukan atau cuba melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiarinya.
(2)
Seseorang pegawai penguat kuasa yang membuat tangkapan di bawah subseksyen (1) hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu, membawa orang itu ke balai polis yang paling hampir, dan selepas itu orang itu hendaklah diuruskan sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang sedang berkuat kuasa.