Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2014Read it in English

Bahagian VIII · Kuasa yang Berhubungan Dengan Penguatkuasaan

113. Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan

Feedback & support

Tiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan mana-mana hidupan liar, bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar, jerat, perangkap, umpan, umpan beracun, senjata, pengangkut, buku, rekod, dokumen atau benda yang disita pada menjalankan atau berupa sebagai menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak mendapat kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relif lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.

Report