Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2014Read it in English

Bahagian VIII · Kuasa yang Berhubungan Dengan Penguatkuasaan

101. Kuasa untuk memberhentikan, menggeledah dan menyita pengangkut

Feedback & support
(1)

Jika seorang pegawai penguat kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa mana-mana pengangkut sedang membawa mana-mana hidupan liar, bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar, jerat, perangkap, umpan, umpan beracun, senjata, pengangkut, buku, rekod, dokumen atau benda yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiarinya sedang atau telah dilakukan, dia boleh memberhentikan dan menggeledah pengangkut itu dan boleh, jika atas pemeriksaan dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa pengangkut itu sedang atau telah digunakan untuk melakukan kesalahan itu, menyita pengangkut itu dan mana-mana hidupan liar, bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar, jerat, perangkap, umpan, umpan beracun, senjata, pengangkut, buku,

Pemuliharaan Hidupan Liar 65

rekod, dokumen atau benda yang dijumpai di dalam pengangkut itu yang dengan semunasabahnya dipercayai memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu.

(2)

Orang yang mengawal atau menjaga pengangkut itu hendaklah, jika dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai penguat kuasa —

(a)

memberhentikan pengangkut itu dan membenarkan pegawai penguat kuasa itu menggeledahnya; dan

(b)

membuka semua bahagian pengangkut itu untuk digeledah dan mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkan atau memudahkan penjalanan penggeledahan itu sebagaimana yang difikirkan perlu oleh pegawai penguat kuasa.

(3)

Pegawai penguat kuasa itu boleh, pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, jika ia adalah perlu untuk berbuat demikian, menahan mana-mana orang yang ditemui di dalam pengangkut itu sehingga selesai penggeledahan.

(4)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Report