Wildlife Conservation Act 2010 · Updated to 1 Oct 2014 · Bahagian VIII · Kuasa yang Berhubungan Dengan Penguatkuasaan
105. Pelupusan hidupan liar
Feedback & supportJika seseorang pegawai penguat kuasa pada menjalankan kuasa-kuasa di bawah Bahagian ini menyita mana-mana hidupan liar atau bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar, dia hendaklah dengan segera mengemukakan hidupan liar atau bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar itu di hadapan seorang Majistret yang akan memerintahkan supaya hidupan liar atau bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar itu dilepaskan atau dilupuskan.
Walau apa pun subseksyen (1), jika oleh sebab —
sifat, saiz atau amaun hidupan liar atau bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar; atau
jarak atau hal keadaan, adalah tidak boleh dilaksanakan untuk membawa hidupan liar atau bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar itu di hadapan seorang Majistret, Pengarah boleh memerintahkan supaya hidupan liar atau bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar itu dilepaskan atau dilupuskan sebagaimana yang difikirkannya sesuai.
68 Undang-Undang Malaysia AKTA 716