Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2014Read it in English

Bahagian VIII · Kuasa yang Berhubungan Dengan Penguatkuasaan

94. Penggeledahan dan penyitaan dengan waran

Feedback & support
(1)

Jika ternyata pada seseorang Majistret, berdasarkan maklumat bertulis dengan bersumpah daripada seorang pegawai

60 Undang-Undang Malaysia AKTA 716

penguat kuasa dan selepas apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Majistret itu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa —

(a)

mana-mana premis telah digunakan; atau

(b)

terdapat dalam mana-mana premis keterangan yang perlu kepada pengendalian penyiasatan terhadap, pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiarinya, Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa kepada pegawai penguat kuasa yang dinamakan dalam waran itu, pada bila-bila masa yang munasabah pada waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan, untuk memasuki premis itu dan jika perlu dengan menggunakan kekerasan.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), waran yang dikeluarkan oleh Majistret boleh memberi kuasa kepada pegawai penguat kuasa itu untuk —

(a)

menggeledah premis itu bagi, dan untuk menyita atau memindahkan dari premis itu, mana-mana hidupan liar, bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar, jerat, perangkap, umpan, umpan beracun, senjata, pengangkut, buku, rekod, dokumen atau benda yang dipercayai dengan munasabah dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu;

(b)

mengambil sampel mana-mana hidupan liar, bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar atau benda yang dijumpai dalam premis itu bagi maksud menentukan, melalui pengujian atau selainnya, sama ada kesalahan itu telah dilakukan; dan

(c)

membuat salinan atau mengambil cabutan daripada mana-mana buku, rekod, dokumen atau benda yang dijumpai di dalam premis itu.

(3)

Seseorang pegawai penguat kuasa yang memasuki mana-mana premis di bawah seksyen ini boleh membawa bersamanya

Pemuliharaan Hidupan Liar 61

mana-mana orang lain dan pelengkapan sebagaimana yang didapatinya perlu.

(4)

Pegawai penguat kuasa yang menjalankan penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, bagi maksud menyiasat kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu.

(5)

Pegawai penguat kuasa yang membuat pemeriksaan terhadap seseorang di bawah subseksyen (4) atau seksyen 95 boleh menyita atau mengambil milik, dan menyimpan dalam jagaan selamat semua benda selain pakaian yang perlu yang dijumpai pada orang itu, dan apa-apa benda yang baginya ada sebab untuk mempercayai bahawa benda itu merupakan peralatan atau keterangan lain bagi kesalahan itu boleh ditahan sehingga orang itu dilepaskan atau dibebaskan.

(6)

Pegawai penguat kuasa, dalam pelaksanaan kuasanya di bawah seksyen ini, jika perlu untuk berbuat demikian —

(a)

memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam atau tingkap premis itu atau mana-mana pagar, kepungan, pintu pagar atau galangan lain kepada premis itu, untuk masuk ke dalam premis itu dan tiap-tiap bahagiannya;

(b)

memindahkan dengan kekerasan apa-apa galangan terhadap kemasukan, penggeledahan, penyitaan atau pemindahan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya di bawah seksyen ini; dan

(c)

menahan mana-mana orang yang dijumpai di dalam premis itu sehingga penggeledahan itu selesai.

(7)

Jika, oleh sebab sifat, saiz atau amaunnya, pemindahan mana-mana hidupan liar, bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar, jerat, perangkap, umpan, umpan beracun, senjata, pengangkut, buku, rekod, dokumen atau benda yang disita di bawah seksyen ini tidak boleh dilaksanakan, pegawai penguat kuasa hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak hidupan liar, bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar, jerat, perangkap, umpan, umpan beracun, senjata,

62 Undang-Undang Malaysia AKTA 716

pengangkut, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu di dalam premis atau bekas yang di dalamnya ia dijumpai.

(8)

Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (7)

atau memindahkan mana-mana hidupan liar, bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar, jerat, perangkap, umpan, umpan beracun, senjata, pengangkut, buku, rekod, dokumen atau benda yang dilak atau cuba berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Report