Wildlife Conservation Act 2010 · Updated to 1 Oct 2014 · Bahagian VIII · Kuasa yang Berhubungan Dengan Penguatkuasaan
104. Pemulangan sementara pengangkut
Feedback & supportJika apa-apa pengangkut disita di bawah Akta ini, mahkamah boleh buat sementara memulangkan pengangkut itu kepada pemunya pengangkut itu atau orang yang daripada milikan, jagaan atau kawalannya ia disita, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang boleh dikenakan oleh mahkamah, dan tertakluk, walau bagaimanapun, kepada jaminan yang mencukupi diberikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa pengangkut itu akan diserahkan balik kepada mahkamah apabila diminta dan bahawa terma dan syarat itu, jika ada, akan dipatuhi.
Pemuliharaan Hidupan Liar 67
Jika apa-apa pengangkut yang disita dipulangkan buat sementara di bawah subseksyen (1), seseorang yang —
tidak menyerahkan balik pengangkut itu kepada mahkamah apabila diminta; atau
melanggar mana-mana terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.