Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2014Read it in English

Bahagian VIII · Kuasa yang Berhubungan Dengan Penguatkuasaan

108. Kebolehterimaan pernyataan sebagai keterangan

Feedback & support
(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini, tiada pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada seorang pegawai penguat kuasa dalam penjalanan suatu penyiasatan yang dibuat di bawah Akta ini boleh digunakan sebagai keterangan.

(2)

Jika mana-mana saksi dipanggil bagi pendakwaan atau pembelaan, selain orang tertuduh, mahkamah hendaklah, atas permintaan orang tertuduh atau pendakwa, merujuk kepada mana-mana pernyataan yang dibuat oleh saksi itu kepada pegawai penguat kuasa dalam penjalanan penyiasatan di bawah Akta ini dan boleh kemudian, jika mahkamah fikirkan patut demi kepentingan keadilan, mengarahkan supaya orang tertuduh diberikan suatu salinan pernyataan itu dan pernyataan itu boleh digunakan untuk mencabar kebolehpercayaan saksi itu mengikut cara yang diperuntukkan oleh

Akta Keterangan 1950 [Akta 56].

(3)

Jika orang tertuduh telah membuat suatu pernyataan semasa penjalanan suatu penyiasatan, pernyataan itu boleh diterima sebagai keterangan untuk menyokong pembelaannya semasa penjalanan perbicaraan.

70 Undang-Undang Malaysia AKTA 716

(4)

Tiada apa-apa dalam seksyen ini boleh disifatkan terpakai bagi apa-apa pernyataan yang dibuat dalam penjalanan perbarisan cam atau tergolong dalam seksyen 27 atau perenggan 32(1)(a), (i) dan (j)

Akta Keterangan 1950.

(5)

Apabila mana-mana orang dipertuduh atas mana-mana kesalahan yang berhubungan dengan —

(a)

pembuatan; atau

(b)

kandungan, mana-mana pernyataan yang dibuat olehnya kepada seorang pegawai penguat kuasa dalam penjalanan suatu penyiasatan yang dibuat di bawah Akta ini, pernyataan itu boleh digunakan sebagai keterangan dalam kes pendakwaan.

Report