Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2014Read it in English

Bahagian VIII · Kuasa yang Berhubungan Dengan Penguatkuasaan

107. Pemeriksaan orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes

Feedback & support
(1)

Seseorang pegawai penguat kuasa yang membuat suatu penyiasatan di bawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiarinya boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang dikatakan mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu.

(2)

Orang itu adalah terikat untuk menjawab segala soalan yang berhubungan dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai penguat kuasa itu, tetapi dia boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang jawapannya mungkin mendedahkannya kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.

(3)

Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada pernyataan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya bagi menjawab soalan atau tidak.

Pemuliharaan Hidupan Liar 69

(4)

Seseorang pegawai penguat kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan (3).

(5)

Suatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, apabila mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dilekatkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas —

(a)

pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa yang dalamnya pernyataan itu dibuat olehnya; dan

(b)

dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang ingin dibuat olehnya.

Report