Wildlife Conservation Act 2010 · Updated to 1 Oct 2014 · Bahagian VIII · Kuasa yang Berhubungan Dengan Penguatkuasaan
95. Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran
Feedback & supportJika seseorang pegawai penguat kuasa berpuas hati atas maklumat yang diterima bahawa dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh suatu waran geledah di bawah seksyen 94 penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan suatu kesalahan mungkin diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan, pegawai penguat kuasa itu boleh memasuki premis itu dan menjalankan di dalam, di atas dan berkenaan dengan premis itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 94 dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.