Wildlife Conservation Act 2010 · Updated to 1 Oct 2014 · Bahagian VIII · Kuasa yang Berhubungan Dengan Penguatkuasaan
110. Pelucuthakan hidupan liar, dsb., yang disita
Feedback & supportMana-mana hidupan liar, bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar, jerat, perangkap, umpan, umpan beracun, senjata, pengangkut, buku, rekod, dokumen atau benda yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini boleh dilucuthakkan.
Suatu perintah bagi pelucuthakan mana-mana hidupan liar, bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar, jerat, perangkap, umpan, umpan beracun, senjata, pengangkut, buku, rekod, dokumen atau benda yang disita dan boleh dilucut hak di bawah Akta ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berkenaannya telah diadakan dan suatu perintah bagi pelucuthakan benda yang disita hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiarinya telah dilakukan dan bahawa hidupan liar, bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar, jerat, perangkap, umpan, umpan beracun, senjata, pengangkut, buku, rekod, dokumen atau benda itu adalah hal perkara bagi atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, walaupun tiada orang telah disabitkan atas kesalahan itu.
Jika tidak ada pendakwaan berkenaan dengan mana-mana hidupan liar, bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar, jerat,
72 Undang-Undang Malaysia AKTA 716
perangkap, umpan, umpan beracun, senjata, pengangkut, buku, rekod, dokumen atau benda yang disita di bawah Akta ini, hidupan liar, bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar, jerat, perangkap, umpan, umpan beracun, senjata, pengangkut, buku, rekod, dokumen atau benda itu hendaklah diambil dan disifatkan terlucut hak apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian notis ke alamat yang terakhir diketahui orang yang daripadanya hidupan liar, bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar, jerat, perangkap, umpan, umpan beracun, senjata, pengangkut, buku, rekod, dokumen atau benda itu disita yang menyatakan bahawa tiada pendakwaan berkenaan dengan hidupan liar, bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar, jerat, perangkap, umpan, umpan beracun, senjata, pengangkut, buku, rekod, dokumen atau benda itu, melainkan jika sebelum habis tempoh itu suatu tuntutan baginya dibuat mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4), (5), (6) dan (7).
Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya hidupan liar, bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar, jerat, perangkap, umpan, umpan beracun, senjata, pengangkut, buku, rekod, dokumen atau benda yang disebut dalam subseksyen (3)
dan bahawa hidupan liar, bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar, jerat, perangkap, umpan, umpan beracun, senjata, pengangkut, buku, rekod, dokumen atau benda itu tidak boleh dilucut hak boleh memberi sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis suatu notis bertulis kepada pegawai penguat kuasa yang dalam milikannya hidupan liar, bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar, jerat, perangkap, umpan, umpan beracun, senjata, pengangkut, buku, rekod, dokumen atau benda itu dipegang bahawa dia menuntut hidupan liar, bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar, jerat, perangkap, umpan, umpan beracun, senjata, pengangkut, buku, rekod, dokumen atau benda itu.
Apabila notis yang disebut dalam subseksyen (4) diterima, pegawai penguat kuasa hendaklah merujukkan perkara itu kepada seorang Majistret Kelas Pertama bagi keputusannya.
Majistret yang kepadanya sesuatu perkara dirujukkan di bawah subseksyen (5) hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menuntut bahawa dia ialah pemunya hidupan liar, bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar, jerat,
Pemuliharaan Hidupan Liar 73
perangkap, umpan, umpan beracun, senjata, pengangkut, buku, rekod, dokumen atau benda itu dan orang yang daripadanya hidupan liar, bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar, jerat, perangkap, umpan, umpan beracun, senjata, pengangkut, buku, rekod, dokumen atau benda itu disita untuk hadir di hadapan Majistret itu, dan apabila mereka hadir atau mereka tidak hadir, setelah dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya, Majistret itu hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu.
Jika dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiarinya telah dilakukan dan bahawa hidupan liar, bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar, jerat, perangkap, umpan, umpan beracun, senjata, pengangkut, buku, rekod, dokumen atau benda yang disebut dalam subseksyen (6) ialah hal perkara bagi atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu,
Majistret itu hendaklah memerintahkan supaya hidupan liar, bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar, jerat, perangkap, umpan, umpan beracun, senjata, pengangkut, buku, rekod, dokumen atau benda itu dilucuthakkan, dan hendaklah, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasannya.
Mana-mana hidupan liar, bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar, jerat, perangkap, umpan, umpan beracun, senjata, pengangkut, buku, rekod, dokumen atau benda yang dilucuthakkan atau disifatkan terlucut hak hendaklah diserahkan kepada Ketua
Pengarah dan hendaklah dilupuskan dalam apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.