Wildlife Conservation Act 2010 · Updated to 1 Oct 2014 · Bahagian VIII · Kuasa yang Berhubungan Dengan Penguatkuasaan
106. Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes
Feedback & supportSeseorang pegawai penguat kuasa yang membuat suatu penyiasatan di bawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiarinya boleh, melalui perintah secara bertulis, menghendaki mana-mana orang yang pada pendapat pegawai penguat kuasa itu mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu supaya hadir di hadapannya, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki.
Jika mana-mana orang enggan atau tidak hadir sebagaimana yang dikehendaki oleh suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), pegawai penguat kuasa itu boleh melaporkan keengganan atau ketidakhadirannya itu kepada seorang Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu saman untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah itu.