Wildlife Conservation Act 2010 · Updated to 1 Oct 2014 · Bahagian VIII · Kuasa yang Berhubungan Dengan Penguatkuasaan
92. Kuasa penyiasatan
Feedback & support(1)
Seseorang pegawai penguat kuasa hendaklah mempunyai segala kuasa untuk mengesan dan menyiasat pelakuan apa-apa kesalahan atau kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini.
(2)
Bagi mengelakkan keraguan, maka diisytiharkan bahawa bagi maksud Akta ini, seseorang pegawai penguat kuasa hendaklah mempunyai segala atau mana-mana kuasa seorang pegawai polis daripada apa-apa jua pangkat berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes boleh ditangkap seperti yang diperuntukkan di bawah
Kanun Tatacara Jenayah, dan kuasa itu adalah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan bukan pengurangan baginya.