Wildlife Conservation Act 2010 · Updated to 1 Oct 2014 · Bahagian VIII · Kuasa yang Berhubungan Dengan Penguatkuasaan
103. Senarai benda yang disita
Feedback & supportJika apa-apa penyitaan dibuat di bawah Akta ini, pegawai penguat kuasa yang membuat penyitaan itu hendaklah menyediakan suatu senarai hidupan liar, bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar, jerat, perangkap, umpan, umpan beracun, senjata, pengangkut, buku, rekod, dokumen atau benda yang disita dan tempat di mana hidupan liar, bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar, jerat, perangkap, umpan, umpan beracun, senjata, pengangkut, buku, rekod, dokumen atau benda itu dijumpai dan hendaklah menandatangani senarai itu.
Senarai yang disediakan mengikut subseksyen (1) hendaklah diserahkan dengan serta-merta kepada —
penduduk premis di mana hidupan liar, bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar, jerat, perangkap, umpan, umpan beracun, senjata, pengangkut, buku, rekod, dokumen atau benda yang disita itu dijumpai; atau
orang yang mengawal atau menjaga pengangkut jika penyitaan dibuat di bawah seksyen 100 atau 101.
Jika penyitaan itu dibuat di dalam atau dari mana-mana premis yang tidak diduduki, pegawai penguat kuasa itu hendaklah bila-bila mungkin menampalkan senarai benda yang disita itu supaya mudah dilihat di atau pada premis itu.