PERMULAAN
Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian
/akn/my/act/act/1994/525
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA PEMBANGUNAN MINERAL 1994 is Malaysia Act, cited as Act 525 1994, currently marked in force and first recorded in 1994.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian
Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia; bagaimanapun
Menteri boleh melalui perintah menggantung kuat kuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan Akta ini di mana-mana Negeri.
Pemakaian bagi pemfosikan, pendulangan, dsb.
Akta ini hendaklah terpakai bagi pemfosikan, pendulangan, pencarigalian, penjelajahan, perlombongan dan pemprosesan mineral dan bijih mineral dan bagi lombong, mineral dan bijih mineral amnya.
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 525
Tafsiran
hasil daripada perlombongan di dalam atau di bawah laut atau dasar laut, terbentuk oleh atau tertakluk kepada suatu proses geologi, tetapi tidaklah termasuk air, “bahan batu-batan” sebagaimana ditafsirkan dalam Kanun
Tanah Negara [Akta 56/1965] dan “petroleum” sebagaimana ditafsirkan dalam Akta Melombong Petroleum 1966 [Akta 95];
“notis” termasuk apa-apa pemberitahuan, taksiran, surat cara atau dokumen lain yang dibenarkan atau dikehendaki oleh Akta ini supaya disampaikan kepada mana-mana orang atau badan;
“olah” ertinya menjadi tertakluk kepada apa-apa proses yang mana perubahan kimia atau fizikal berlaku dalam bahan yang ditaklukkan kepada proses itu;
“pajakan melombong” ertinya suatu pajakan melombong yang sedang berkuat kuasa yang diberikan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang mengawal selia perlombongan;
“pegawai galian” ertinya Ketua Pengarah Galian, mana-mana
Pengarah Galian, Penolong Pengarah Galian, Pembantu Kanan Galian,
Pembantu Galian atau mana-mana pegawai lain yang diberi kuasa sewajarnya secara bertulis oleh Ketua Pengarah;
Pembangunan Mineral 11
“pegawai polis” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Polis 1967 [Akta 344];
“pemprosesan mineral” ertinya apa-apa aktiviti yang dengannya mineral atau bijih mineral diolah bagi penceriaannya tetapi tidaklah termasuk peleburan dan pembersihan;
“Pengarah” ertinya seorang Pengarah Galian yang dilantik di bawah seksyen 4 dan termasuk mana-mana Timbalan Pengarah Galian;
“pengurus” ertinya orang yang dilantik sebagai pengurus di bawah seksyen 14;
“Penolong Pengarah” ertinya seorang Penolong Pengarah Galian yang dilantik di bawah seksyen 4;
“sampel” ertinya sesuatu pecahan benda yang terjadi dengan cara semula jadi yang disifatkan sebagai menunjukkan jisim yang daripadanya ia menjadi sebahagian;
“skim pengendalian melombong” ertinya suatu skim pengendalian melombong yang diluluskan di bawah seksyen 10;
“spesimen” ertinya sesuatu pecahan benda yang terjadi dengan cara semula jadi yang tidak semestinya merupakan jisim yang daripadanya ia menjadi sebahagian;
“tanah lombong” ertinya mana-mana tanah yang baginya suatu lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong yang dikeluarkan atau diberikan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan perlombongan sedang berkuat kuasa;
“tenemen mineral” ertinya suatu lesen memfosik, lesen mendulang, lesen melombong individu, lesen mencari gali, lesen penjelajahan, lesen melombong tuan punya, pajakan melombong, atau mana-mana daripadanya bagi maksud penjelajahan atau perlombongan mineral atau bijih mineral, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang Persekutuan atau
Negeri yang mengawal selia tenemen mineral.
Tertakluk kepada subseksyen (1) dan melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, segala perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Akta ini yang ditafsirkan dalam
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 525
Kanun Tanah Negara hendaklah disifatkan sebagai mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh Kanun itu.
Bahagian II
Pelantikan Ketua Pengarah Galian, Timbalan Ketua Pengarah, dsb.
Menteri hendaklah juga melantik apa-apa bilangan Timbalan
Ketua Pengarah Galian, Pengarah Galian, Timbalan Pengarah Galian,
Penolong Pengarah Galian, Pembantu Kanan Galian, Pembantu
Galian dan mana-mana pegawai lain yang perlu bagi menjalankan maksud Akta ini.
Semua pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (2) adalah tertakluk kepada kawalan, arahan dan pengawasan Ketua Pengarah.
Semua pegawai yang dilantik di bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun
Keseksaan [Akta 574].
Fungsi dan kewajipan Ketua Pengarah
Ketua Pengarah hendaklah—
menjalankan pengawasan dan kawalan ke atas aspek keselamatan berhubungan dengan lombong dan bagi pemfosikan, pendulangan, penjelajahan, perlombongan, pemilikan, pergerakan, penyimpanan dan pemprosesan mineral dan bijih mineral mengikut Akta ini;
mendapatkan maklumat tentang dan menyimpan rekod pengendalian mengenai pemfosikan, pendulangan,
Pembangunan Mineral 13
penjelajahan, perlombongan, pemilikan, pergerakan, penyimpanan, pemprosesan, pembelian dan penjualan mineral dan bijih mineral;
melaksanakan apa-apa fungsi berhubungan dengan Akta ini sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa; dan
menjalankan apa-apa aktiviti lain sebagaimana yang ternyata kepada Ketua Pengarah dikehendaki, berfaedah atau sesuai bagi maksud menjalankan peruntukan Akta ini.
Perwakilan fungsi atau kewajipan oleh Ketua Pengarah
Ketua Pengarah boleh, secara bertulis, mewakilkan kepada mana-mana pegawai di bawah kawalan, arahan dan pengawasannya penjalanan atau pelaksanaan, tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atau sekatan yang diperuntukkan dalam surat cara perwakilan itu, apa-apa fungsi atau kewajipannya yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini:
Dengan syarat bahawa mana-mana perwakilan di bawah seksyen ini berkenaan dengan apa-apa fungsi atau kewajipan tidaklah menghalang
Ketua
Pengarah daripada menjalankan atau melaksanakan fungsi atau kewajipan itu sendiri jika ternyata bermanfaat baginya berbuat demikian.
Fungsi dan kewajipan Pengarah
Seseorang Pengarah hendaklah melaporkan kepada Ketua
Pengarah apa-apa perkara yang berkenaan dengannya apa-apa tindakan daripada pihak Ketua Pengarah diperlukan.
Seseorang Pengarah hendaklah terletak hak padanya fungsi dan kewajipan seseorang Penolong Pengarah.
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 525
Fungsi dan kewajipan Penolong Pengarah
memeriksa dan mengawal selia penyimpanan, pengangkutan dan penggunaan bahan toksik, mudah terbakar atau bahan lain yang berpotensi berbahaya berkenaan dengan atau berhubungan dengan apa-apa aktiviti pemfosikan, pendulangan, penjelajahan, perlombongan atau pemprosesan mineral;
menghendaki pemegang sesuatu tenemen mineral untuk menyediakan dan menyenggara dalam kawasan tenemen mineral dan pemprosesan mineral itu mana-mana jalan akses dan jalan lain yang perlu dan mencukupi bagi maksud akses, keluar, pelepasan atau pemindahan selamat mana-mana orang yang tercedera;
memberi apa-apa perintah yang difikirkannya perlu untuk memberhentikan apa-apa pengendalian, penggunaan kelengkapan atau amalan dalam atau dekat dengan mana-mana kawasan pemfosikan, pendulangan, penjelajahan atau kemudahan penyimpanan atau lombong atau loji pemprosesan mineral yang—
menjejaskan keselamatan atau kesihatan mana-mana orang;
menyebabkan kacau ganggu kepada atau mencacatkan kemudahan mana-mana kawasan atau tempat; dan
memerintahkan pemberhentian serta-merta kerja dalam, dan peninggalan serta-merta semua orang dari, mana-mana kawasan pemfosikan, pendulangan, penjelajahan atau kemudahan penyimpanan atau lombong atau loji pemprosesan mineral atau mana-mana bahagian kawasan atau loji itu yang disifatkan sebagai tidak selamat, atau membenarkan kerja diteruskan selepas langkah berjaga-jaga diambil atau apa-apa perkara dilakukan sebagaimana yang difikirkannya perlu.
Pembangunan Mineral 15
Seseorang Penolong Pengarah boleh —
melalui notis bertulis menghendaki seseorang pengurus mengemukakan pelan pengerjaan lombong dan penyata yang mengandungi maklumat mengenai apa-apa pengendalian melombong:
Dengan syarat bahawa maklumat itu hendaklah disifatkan, jika diminta secara bertulis oleh pengurus itu, maklumat sulit bagi maksud Akta ini; dan
membuat apa-apa perintah yang difikirkannya perlu dalam hal pertikaian antara penduduk tanah lombong berkenaan dengan pendudukan mereka atau penggunaan tanah itu.
Bahagian III
DAN PERLOMBONGAN
Pemegang tenemen mineral untuk mengemukakan salinan tenemen mineral dan pertukaran alamat kepada Pengarah, dsb.
Mana-mana pemegang lesen mencari gali, lesen penjelajahan, lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong hendaklah, dalam masa tiga puluh hari selepas tenemen mineral itu didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, menghantar suatu salinan tenemen mineralnya kepada Pengarah dan kepada Ketua Pengarah Penyiasatan Kaji Bumi.
Mana-mana pemegang tenemen mineral yang disebutkan dalam subseksyen (1) yang telah bertukar alamatnya hendaklah, dalam masa empat belas hari dari tarikh pertukaran alamat itu, memberitahu Pengarah dan Ketua Pengarah Penyiasatan Kaji Bumi secara bertulis mengenai alamat barunya.
Pengemukaan skim pengendalian melombong
Skim pengendalian melombong hendaklah termasuk —
suatu jadual pengeluaran tahunan bijih mentah yang dianggarkan bagi tempoh tenemen mineral itu;
apa-apa maklumat yang ditetapkan atau dikehendaki secara bertulis oleh Pengarah.
Pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong boleh mengemukakan suatu pengubahsuaian kepada skim pengendalian melombong yang diluluskan bagi kelulusan Pengarah dan tidak boleh memulakan apa-apa kerja pembangunan atau perlombongan yang tidak mematuhi skim pengendalian melombong yang diluluskan itu sehinggalah skim pengendalian melombong yang diubahsuaikan itu telah diluluskan oleh Pengarah.
Pengarah hendaklah —
meluluskan skim pengendalian melombong atau ubahsuaiannya jika pelaksanaan skim itu —
boleh menyediakan suatu tempat kerja yang semunasabahnya selamat; dan
memberitahu pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong itu secara bertulis tentang keputusannya.
Jika Pengarah menolak skim pengendalian melombong atau ubahsuaiannya, dia hendaklah memberitahu pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong itu secara bertulis tentang keputusannya.
Pembangunan Mineral 17
Pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong boleh mengemukakan sekian bilangan skim pengendalian melombong atau ubahsuaiannya sebagaimana yang perlu bagi mendapatkan kelulusan Pengarah.
Pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong yang terkilan dengan keputusan Pengarah di bawah seksyen ini boleh, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh dia diberitahu tentang keputusan itu, merayu secara bertulis kepada
Ketua Pengarah yang keputusannya adalah muktamad.
Notis cadangan untuk menjelajah atau menjalankan kerja pembangunan
Pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong hendaklah menghantar kepada Pengarah dan Ketua
Pengarah Penyiasatan Kaji Bumi suatu notis yang sama sebelum memulakan apa-apa kerja pembangunan.
Pematuhan skim pengendalian melombong
Apabila pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong tidak mematuhi skim pengendalian melombong yang diluluskan itu, Pengarah hendaklah menyiasat perkara itu dan boleh memerintahkan pemegang lesen atau pajakan itu supaya —
mengusahakan segala langkah yang perlu bagi memastikan skim pengendalian melombong yang
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 525
diluluskan itu dipatuhi; atau
menggantungkan kerja pembangunan atau perlombongan sehingga langkah-langkah yang perlu diambil untuk mematuhi skim pengendalian melombong yang diluluskan itu.
Apa-apa langkah yang diambil untuk mematuhi suatu perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2) tidak berkuat kuasa untuk melepaskan mana-mana pemegang lesen atau pajakan itu daripada apa-apa liabiliti yang berbangkit di bawah subseksyen
Pemfosikan, pendulangan, penjelajahan, perlombongan dan pemprosesan mineral hendaklah dijalankan mengikut amalan baik dan selamat dan apa-apa standard alam sekeliling sebagaimana yang ditetapkan di bawah Akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan alam sekeliling.
Pengurus lombong
Penolong Pengarah telah memberitahu pemegang lesen atau pajakan itu bahawa seorang pengurus adalah dikehendaki, melantik seorang pengurus lombong.
Pelantikan seseorang pengurus di bawah subseksyen (1)
hendaklah dengan kelulusan Penolong Pengarah.
Jika pengurus yang dilantik di bawah subseksyen (1) terhenti daripada menjadi pengurus lombong itu, pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong hendaklah dalam
Pembangunan Mineral 19
masa tiga hari dari tarikh pemberhentian itu melantik pengurus lain dengan kelulusan Penolong Pengarah.
Pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong boleh melantik sekian bilangan penolong pengurus yang perlu bagi membantu pengurus, apa-apa pelantikan itu hendaklah dengan kelulusan Penolong Pengarah.
Jika pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong adalah orang sebenar, dia boleh, tertakluk kepada kelulusan Penolong Pengarah dan peruntukan Akta ini, melantik dirinya sendiri sebagai pengurus lombong itu.
Tiada seorang pun yang telah dilantik pengurus mana-mana lombong boleh, semasa dia memegang pelantikan itu, bertindak sebagai pengurus mana-mana lombong lain tanpa kelulusan bertulis Penolong Pengarah.
Seseorang pengurus yang dilantik di bawah subseksyen (1)
hendaklah —
bertanggungjawab bagi kawalan dan pengawasan harian lombong yang dia telah dilantik pengurus; dan
tinggal berdekatan dengan lombong itu melainkan jika dikecualikan secara bertulis oleh Penolong Pengarah.
Jika seseorang pengurus dikehendaki di bawah Akta ini, tiada kerja boleh dijalankan di lombong itu melainkan jika —
Jika pengerjaan dalam mana-mana lombong melampaui atau dipisahkan oleh apa-apa jarak yang kawalan dan pengawasan harian oleh seorang pengurus adalah, pada pendapat Penolong Pengarah, tidak mencukupi, dia boleh menghendaki supaya seorang pengurus dilantik untuk mengawal dan mengawasi mana-mana pengerjaan itu sebagaimana yang ditentukan olehnya, dan sesudah itu seorang pengurus hendaklah dilantik mengikut Akta ini bagi pengerjaan yang ditentukan sedemikian.
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 525
Jika seorang pengurus yang dilantik di bawah seksyen ini menjadi tidak upaya daripada melaksanakan kewajipannya atau akan tidak hadir di lombong itu lebih dari dua hari dia, atau pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong, hendaklah, jika tiada penolong pengurus yang telah dilantik, melantik, dengan kelulusan Penolong Pengarah, mana-mana orang lain untuk bertindak sebagai pengurus selama ketidakupayaan atau ketidakhadiran itu.
Pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong dan tiap-tiap pengurus, penolong pengurus dan orang yang dilantik di bawah subseksyen (10) hendaklah memastikan keselamatan segala pengendalian di lombong itu dan pematuhan peruntukan Akta ini.
Arahan oleh pengurus lombong
Suatu salinan arahan bertulis itu hendaklah dihantar kepada
Penolong Pengarah dan jika Penolong Pengarah tidak dalam masa tiga puluh hari dari penerimaannya membantah mengenainya secara bertulis kepada pengurus arahan bertulis itu hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (8), mula berkuat kuasa.
Jika Penolong Pengarah tidak meluluskan apa-apa arahan bertulis yang dicadangkan dia hendaklah dalam masa tiga puluh hari selepas menerima arahan bertulis itu memaklumkan pengurus tentang apa-apa perubahan, penambahan atau penggantian pada arahan itu yang difikirkannya patut.
Jika pengurus itu membantah mana-mana perubahan, penambahan atau penggantian itu dia boleh merujukkan perkara itu kepada Pengarah yang keputusannya adalah muktamad.
Apa-apa arahan bertulis yang mula berkuat kuasa di bawah seksyen ini hendaklah terus berkuat kuasa sehingga Penolong
Pengarah memerintahkan pembatalannya.
Pembangunan Mineral 21
Suatu salinan arahan bertulis itu hendaklah ditampalkan di satu atau lebih tempat yang mudah dilihat di lombong itu.
Suatu salinan arahan bertulis yang berkuat kuasa yang diperakui betul oleh pengurus hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding undang-undang.
Jika apa-apa arahan bertulis di bawah seksyen ini tidak selaras dengan Akta ini, peruntukan Akta ini hendaklah mengatasi setakat ketidakselarasan itu.
Pelan hendaklah diberikan
Jika sesuatu pelan lombong dikemaskinikan, pengurus hendaklah memberi kepada Penolong Pengarah salinan pelan itu yang diperakui yang menunjukkan di atasnya pengerjaan yang dijalankan sejak pelan terakhir dikemukakan.
Suatu salinan pelan itu yang diperakui hendaklah disimpan oleh
Penolong Pengarah di pejabatnya dan tiada salinan atau surihannya boleh diberikan, atau maklumat berhubungan dengannya diberikan, atau pelan itu dibuka untuk pemeriksaan melainkan jika kebenaran
Penolong Pengarah telah diperoleh.
Jika, apabila menerima mana-mana pelan itu Penolong
Pengarah tidak berpuas hati dengan ketepatan atau kesempurnaan pelan itu dia boleh, mengikut budi bicaranya, memerintahkan supaya suatu pengukuran dibuat di bawah arahannya tentang pengerjaan lombong itu oleh seorang juruukur yang dilesenkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis atas perbelanjaan pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong itu.
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 525
Pengurus hendaklah menyediakan pelan itu di lombong apabila diminta oleh mana-mana pegawai galian dan pengurus hendaklah, jika diminta sedemikian, menandakan di atas pelan itu kemajuan pengerjaan lombong itu pada masa pengemukaan, dan hendaklah membenarkan pegawai galian itu memeriksa dan mengambil suatu salinannya.
Buku rekod mengenai pengendalian
Buku rekod itu hendaklah —
disimpan semata-mata bagi maksud memasukkan laporan dan rekod yang dikehendaki di bawah Akta ini;
tersedia pada bila-bila masa yang munasabah bagi pemeriksaan mana-mana pegawai galian; dan
Apabila seseorang pegawai galian telah memeriksa sesuatu lombong atau apa-apa kerja berkaitan dengannya, dia hendaklah memasukkan ke dalam suatu buku rekod suatu ringkasan pemeriksaannya dan apa-apa kehendak yang diperlukan.
Walau apa pun yang terkandung dalam atau tertinggal daripada laporan pegawai galian itu, laporan itu tidak boleh digunakan bagi mengehadkan tanggungjawab pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong atau pengurus di bawah Akta ini.
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai mengenakan obligasi ke atas pengurus untuk menyimpan buku rekod atau salinannya lebih dari dua belas bulan selepas buku rekod itu telah terhenti digunakan bagi membuat apa-apa catatan di dalamnya melainkan jika Penolong Pengarah telah secara bertulis menghendaki mana-mana buku rekod disimpan bagi suatu tempoh yang lebih panjang.
Pembangunan Mineral 23
Air efluen
Penolong Pengarah hendaklah, apabila menerima suatu aduan yang dibuat secara bertulis memerihalkan kegagalan mana-mana orang untuk mematuhi peruntukan subseksyen (1), menyiasat mengenai aduan itu, dan boleh pada bila-bila masa memerintahkan orang yang diadukan itu untuk —
mengusahakan langkah-langkah yang perlu untuk memastikan bahawa standard kualiti air dipatuhi; atau
menggantungkan perlombongan sehingga apa-apa langkah diambil untuk mematuhi standard kualiti air.
Apa-apa langkah yang diambil untuk mematuhi suatu perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2) tidak berkuat kuasa untuk melepaskan mana-mana orang daripada apa-apa liabiliti yang berbangkit di bawah subseksyen (1).
Hakisan
Apabila diarahkan oleh Penolong Pengarah, tiap-tiap pemegang sesuatu tenemen mineral dan pengurusnya hendaklah menyediakan dan menyenggara apa-apa kerja pembendungan atau tempat lain sebagaimana yang diperlukan dan mencukupi untuk mencegah
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 525
keluaran hakisan daripada dibuangkan ke dalam mana-mana sungai atau sistem saliran.
Peninggalan lombong
Jika mana-mana lombong hendak ditinggalkan, pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong atau pengurus itu hendaklah menyebabkan dibuat suatu pelan yang tepat, sehingga
Pengarah berpuas hati, menunjukkan pengerjaan lombong itu sehingga waktu peninggalan dan salinan pelan itu hendaklah dikemukakan kepada Pengarah dan Ketua Pengarah Penyiasatan Kaji
Bumi dalam masa satu bulan selepas peninggalan itu.
Jika sesuatu atau sebahagian daripada sesuatu lombong hendak ditinggalkan, pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong atau pengurus itu hendaklah memagar atau menutup dengan selamatnya tiap-tiap lubang lombong atau kolong dan pemegang lesen atau pajakan dan pengurus itu hendaklah terus bertanggungjawab sendiri bagi pematuhan sewajarnya peruntukan ini sehingga Pengarah telah mengesahkan secara bertulis bahawa kerja itu telah dilaksanakan dengan sepatutnya, walaupun lombong itu atau sebahagian daripada lombong itu telah ditinggalkan.
Lombong dan kawasan pembendungan buangan yang ditinggalkan hendaklah dijadikan selamat mengikut cara yang ditetapkan.
Bahagian IV
Prosiding apabila berlaku kemalangan dan kejadian berbahaya
apa-apa kemalangan yang mengakibatkan kehilangan nyawa atau kecederaan badan yang teruk kepada mana-mana orang; atau
apa-apa kemalangan yang mengakibatkan kerosakan kepada mana-mana harta, telah berlaku berkaitan dengan mana-mana kerja bersampingan atau berkaitan dengan sesuatu tenemen mineral, pengurus, mana-mana orang lain yang menjaga lombong atau pemegang tenemen mineral itu hendaklah dengan serta-merta melaporkan secara bertulis kepada
Penolong Pengarah fakta perkara itu setakat ia diketahui.
Penolong Pengarah hendaklah —
memerintahkan semua pengerjaan terhenti daripada dikendalikan dengan seberapa segera yang mungkin;
membuat suatu siasatan hal keadaan itu dan merekodkan dapatan siasatan itu; dan
Tempat di mana kemalangan itu te1ah berlaku hendaklah dibiarkan sebagaimana keadaannya selepas sahaja kemalangan itu sehingga penyiasatan telah diselesaikan:
Dengan syarat bahawa kerja menyelamat atau apa-apa kerja yang perlu bagi keselamatan am orang yang diambil kerja di dalamnya atau bagi mendapatkan kembali mayat hendaklah tidak dilengahkan.
Tiada kerja boleh disambung semula sehingga kebenaran secara bertulis telah diperoleh daripada Penolong Pengarah.
Apabila menerima laporan yang diberikan oleh Penolong
Pengarah, jika ternyata kepada Pengarah bahawa terdapat sebab untuk mempercayai bahawa kemalangan itu telah disebabkan oleh apa-apa kegagalan mematuhi apa-apa arahan bertulis yang dikeluarkan di bawah seksyen 15 atau apa-apa perintah yang diberikan oleh mana-mana pegawai galian di bawah Akta ini dan
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 525
Pengarah berpendapat bahawa kemalangan itu mungkin boleh dicegah jika langkah berjaga-jaga yang wajar telah diambil dan dipatuhi, dia hendaklah mengemukakan laporan Penolong Pengarah itu berserta dengan syornya tentang mengadakan suatu siasatan kepada Ketua
Pengarah.
Ketua Pengarah hendaklah mempertimbangkan laporan yang dikemukakan di bawah subseksyen (5) dan memutuskan sama ada hendak mengadakan suatu siasatan.
Prosedur bagi siasatan
Pembangunan Mineral 25
Pegawai galian itu boleh membuka siasatan itu atau mana-mana bahagian siasatan itu kepada orang awam dan hendaklah menjalankannya mengikut cara yang difikirkannya paling berkesan untuk menentukan sebab kemalangan itu dan dia hendaklah kemudiannya mengemukakan suatu laporan siasatan itu melalui
Ketua Pengarah kepada Menteri.
Dalam menjalankan siasatan, pegawai galian itu hendaklah mempunyai kuasa berikut:
untuk memperoleh dan menerima segala keterangan, bertulis atau lisan, dan untuk memeriksa mana-mana orang sebagai saksi sebagaimana yang difikirkan perlu atau wajar oleh pegawai galian itu untuk diperoleh atau diperiksa;
untuk menghendaki keterangan, bertulis atau lisan, mana-mana saksi dibuat atas sumpah atau ikrar (apa-apa sumpah atau ikrar itu hendaklah yang boleh dikehendaki daripada saksi itu jika dia memberi keterangan di Mahkamah
Tinggi) atau melalui pengakuan berkanun; dan
untuk memanggil mana-mana orang untuk memberi keterangan atau mengemukakan apa-apa dokumen atau
Pembangunan Mineral 27
benda lain dalam milikannya dan untuk memeriksanya sebagai seorang saksi atau menghendakinya supaya mengemukakan apa-apa dokumen atau benda dalam milikannya.
Jika pegawai galian itu berpuas hati bahawa seseorang yang, di bawah subseksyen (3) —
setelah dikehendaki untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain, tidak berbuat demikian; atau
setelah dikehendaki untuk menjawab apa-apa soalan, enggan berbuat demikian, dia boleh memperakui secara bertulis ketidakhadiran atau untuk ketidakpengemukaan dokumen atau keengganan untuk menjawab soalan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan memaklumkan
Majistret dengan sewajarnya.
Seseorang yang memberi keterangan di bawah seksyen ini hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak keterangan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya bagi menjawab apa-apa soalan.
Jika suatu perakuan diberikan di bawah subseksyen (4),
Majistret hendaklah menyiasat kes itu dan, jika dia berpuas hati bahawa orang yang baginya perakuan itu berhubungan telah, tanpa alasan yang munasabah, tidak menghadiri atau tidak atau enggan mematuhi kehendak yang disebutkan dalam perakuan itu dia hendaklah memerintahkan orang itu supaya hadir atau supaya mematuhi kehendak itu di suatu perbicaraan di hadapan pegawai galian yang mengadakan siasatan itu pada suatu masa dan tempat yang dinyatakan dalam perintah itu.
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 525
Bahagian V
KESALAHAN DAN PENALTI
Seseorang pegawai galian boleh bagi maksud menguatkuasakan
meminta dan memeriksa apa-apa buku, dokumen, surat cara atau rekod dan membuat salinannya atau mengambil cabutan daripada buku, dokumen, surat cara atau rekod itu yang ada dalam jagaan atau kawalan mana-mana orang mengenai apa-apa perkara di bawah Akta ini;
melawat, memasuki, menyiasat dan memeriksa dengan atau tanpa notis terlebih dahulu mana-mana kawasan pemfosikan, pendulangan, penjelajahan atau kemudahan penyimpanan atau lombong atau loji pemprosesan mineral pada bila-bila masa tetapi tidaklah boleh dengan tidak perlu menggalang atau menghalang apa-apa kerja di dalamnya;
menyiasat berkenaan dengan mana-mana kawasan pemfosikan, pendulangan, penjelajahan atau kemudahan penyimpanan atau lombong atau loji pemprosesan mineral mengenai —
kedudukan dan keadaan mana-mana kawasan atau loji itu;
apa-apa perkara atau benda berkaitan dengan atau berhubungan dengan keselamatan atau kesihatan mana-mana orang atau yang menyebabkan atau mungkin menyebabkan kerosakan kepada harta, atau suatu kacau ganggu;
Pembangunan Mineral 29
kesan mana-mana pengendalian atau amalan ke atas kemudahan mana-mana kawasan atau tempat; atau
mengambil langkah-langkah untuk memastikan penggunaan langkah berjaga-jaga yang sewajarnya dalam segala aktiviti pemfosikan, pendulangan, penjelajahan, perlombongan, penyimpanan atau pemprosesan mineral bagi mencegah kerosakan atau bahaya kepada nyawa atau harta;
menghendaki mana-mana orang yang dijumpainya dalam sesuatu kawasan di mana pemfosikan, pendulangan, penjelajahan, perlombongan, penyimpanan atau pemprosesan mineral dijalankan untuk menyatakan identiti dan maksudnya, dan memberi apa-apa maklumat yang dikehendaki oleh Akta ini dan dalam kuasa orang itu untuk memberi; dan
mengambil sampel apa-apa bahan sama ada pepejal, cecair atau gas dalam atau sedang dilepaskan ke dalam atau dari mana-mana kawasan pemfosikan, pendulangan, penjelajahan atau kemudahan penyimpanan atau lombong atau loji pemprosesan mineral.
Kuasa untuk menyiasat
Akta ini —
Tiap-tiap orang yang dikehendaki oleh seseorang pegawai galian untuk memberi maklumat atau mengemukakan apa-apa dokumen atau artikel lain berhubungan dengan pelakuan apa-apa kesalahan yang dalam kuasa orang itu untuk memberi adalah terikat di sisi undang-undang untuk memberi maklumat atau mengemukakan dokumen atau artikel lain itu.
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 525
Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mengetahui kes
Jika mana-mana orang itu tidak hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian, pegawai galian itu boleh melaporkan ketidakhadiran itu kepada Majistret yang boleh sesudah itu mengikut budi bicaranya mengeluarkan suatu waran untuk memastikan kehadiran orang itu.
Seseorang yang hadir sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) adalah berhak dibayar perbelanjaan perjalanan dan sara hidup yang munasabah yang dilakukan olehnya dan adalah sah bagi Ketua Pengarah membayar perbelanjaan itu.
Kuasa untuk memeriksa orang yang mengetahui kes
Orang itu adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab segala soalan yang berhubungan dengan kes itu yang diajukan kepadanya oleh pegawai galian itu:
Dengan syarat bahawa orang itu boleh enggan menjawab mana-mana soalan yang jawapannya akan cenderung ke arah mendedahkannya kepada suatu pertuduhan atau penalti jenayah atau pelucuthakan.
Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat pada keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan.
Pembangunan Mineral 31
Pegawai galian yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memberitahu orang itu tentang peruntukan subseksyen (2) dan (3).
Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, apabila mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dicapkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu telah dibacakan kepadanya dalam bahasa pernyataan itu dibuatnya dan selepas dia telah diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu, dan jika orang yang diperiksa itu enggan menandatangani atau mengecapkan cap ibu jarinya atas pernyataan itu, pegawai galian itu hendaklah mengendorskan padanya di bawah tandatangannya hakikat keengganan itu dan sebabnya, jika ada, yang dinyatakan oleh orang yang diperiksa itu.
Kuasa menangkap, menyita dan menyiasat
menangkap mana-mana orang yang didapati melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini; dan
menyita apa-apa benda yang difikirkannya perlu disita berhubungan dengan keterangan yang perlu bagi membuktikan berlakunya mana-mana kesalahan itu.
Seseorang pegawai galian yang membuat penangkapan di bawah perenggan (1)(a) hendaklah tanpa kelengahan yang tidak perlu menyerahkan orang yang ditangkap sedemikian kepada pegawai polis yang terdekat atau, jika tidak ada pegawai polis, membawa orang itu ke balai polis yang terdekat, dan selepas itu orang yang ditangkap seperti disebut terdahulu hendaklah diuruskan sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan prosedur jenayah yang sedang berkuat kuasa seolah-olah dia telah ditangkap oleh seorang pegawai polis.
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 525
Menggeledah dengan waran
boleh jika perlu berbuat demikian —
memecahkan mana-mana pintu luar atau pintu dalam bangunan atau mana-mana premis lain dan memasukinya;
dengan menggunakan kekerasan memindahkan apa-apa galangan terhadap kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pemindahan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya di bawah subseksyen (1); dan
Pegawai galian yang menyita mana-mana mineral, kotak, peti, bekas, bungkusan, alat pengangkutan atau benda di bawah subseksyen (1) hendaklah —
dengan serta-merta meletakkan pada mineral, kotak, peti, bekas, bungkusan, alat pengangkutan atau benda itu suatu tanda yang menunjukkan bahawa ia telah disita;
Pembangunan Mineral 33
menyediakan suatu senarai benda yang disita dan dengan serta-merta, atau dengan seberapa segera yang praktik, menyerahkan satu salinan yang ditandatangani olehnya kepada pemunya atau orang yang daripadanya benda itu disita yang berada di bangunan atau premis itu dan jika bangunan atau premis itu tidak dihuni, pegawai galian itu hendaklah, di mana-mana mungkin, menampalkan suatu senarai benda yang disita itu di bangunan atau di premis itu;
jika dapat dilaksanakan, memindahkan benda yang disita itu, dengan seberapa segera yang mungkin, bagi penjagaannya.
Menggeledah tanpa waran
Jika ternyata kepada seseorang pegawai galian bahawa terdapat sebab yang munasabah bagi mengesyaki bahawa dalam mana-mana bangunan atau tempat atau di atas mana-mana tanah ada disembunyikan atau didepositkan apa-apa mineral, kotak, peti, bekas, bungkusan, alat pengangkutan atau benda yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini sedang atau telah dilakukan, dan jika dia mempunyai sebab yang munasabah bagi mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan mendapatkan suatu waran menggeledah di bawah seksyen 28 mineral, kotak, peti, bekas, bungkusan, alat pengangkutan atau benda itu mungkin akan dipindahkan atau dimusnahkan, dia boleh menjalankan dalam, atas dan berkenaan dengan bangunan, tempat atau tanah itu semua kuasa yang disebutkan dalam seksyen 28 dengan cara yang penuh dan secukupnya seolah-olah dia telah diberi kuasa berbuat demikian oleh waran di bawah seksyen itu.
Pemulangan sementara benda yang disita
Jika apa-apa benda telah disita di bawah Akta ini, Pengarah boleh, mengikut budi bicaranya, memulangkan untuk sementara benda itu kepada pemunya atau orang yang daripadanya benda itu disita tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Pengarah, dan tertakluk dalam apa-apa hal kepada jaminan yang mencukupi diberikan sehingga memuaskan hatinya
34 Undang-Undang Malaysia AKTA 525
bahawa benda itu akan diserahkan kepadanya apabila diminta atau dibawa di hadapan mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten.
Pelucuthakan benda yang disita
Suatu perintah bagi pelucuthakan atau bagi pelepasan apa-apa benda yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berkenaan dengan benda itu telah diadakan dan suatu perintah bagi pelucuthakan benda itu hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa benda itu ialah hal perkara atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.
Jika tidak ada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa benda yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah
Akta ini, benda itu hendaklah diambil dan disifatkan telah dilucuthakkan apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian notis kepada orang yang daripadanya benda itu disita yang menunjukkan bahawa tidak ada pendakwaan dibuat berkenaan dengan benda itu, melainkan jika sebelum tarikh itu suatu tuntutan terhadapnya dibuat mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen
Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia adalah pemunya benda yang disebutkan dalam subseksyen (3) dan bahawa benda itu bukanlah benda yang boleh dilucuthakkan boleh memberikan notis bertulis secara sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis kepada pegawai galian yang dalam milikannya benda itu disimpan bahawa dia menuntut benda itu.
Apabila menerima notis yang disebutkan dalam subseksyen (4), pegawai galian itu hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada
Pengarah yang —
boleh mengarahkan pegawai galian itu merujukkan perkara itu kepada seorang Majistret bagi keputusan.
Majistret yang kepadanya sesuatu perkara dirujukkan di bawah perenggan (5)(b) hendaklah mengeluarkan suatu saman menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia adalah pemunya benda itu dan orang yang daripadanya benda itu disita supaya hadir di hadapan
Majistret itu dan apabila mereka hadir atau jika mereka ingkar hadir, setelah dibuktikan penyampaian wajar saman itu, Majistret itu hendaklah terus memeriksa perkara itu dan apabila terbukti bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa benda itu ialah hal perkara atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu hendaklah memerintahkan supaya benda itu dilucuthakkan dan jika tidak terbukti sedemikian hendaklah memerintahkan supaya benda itu dilepaskan.
Apa-apa benda yang terlucut hak atau yang disifatkan telah terlucut hak hendaklah diserahkan kepada Pengarah dan hendaklah dilupuskan oleh Pengarah —
Jika apa-apa benda yang disita pada menjalankan kuasa yang diberikan di bawah Akta ini adalah daripada jenis yang mudah musnah atau adalah tertakluk kepada reput yang cepat dan semula jadi atau jika penjagaan benda itu melibatkan perbelanjaan dan kesusahan yang tidak munasabah, atau dipercayai menyebabkan penggalangan atau bahaya kepada awam,
Pengarah boleh mengarahkan supaya benda itu dijual pada bila-bila masa dan hasil jualan itu dipegang sementara menanti keputusan apa-apa pendakwaan atau tuntutan di bawah seksyen ini.
Kos memegang benda yang disita
Jika apa-apa benda yang disita di bawah Akta ini disimpan dalam jagaan Kerajaan sementara menunggu selesainya apa-apa prosiding berkenaan dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, kos memegang benda itu dalam jagaan hendaklah, sekiranya mana-mana orang didapati melakukan sesuatu kesalahan, menjadi suatu hutang
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 525
yang kena dibayar kepada Kerajaan oleh orang itu dan bolehlah didapatkan kembali dengan sewajarnya.
Tiada kos atau ganti rugi boleh didapati berbangkit daripada penyitaan
Tiada seorang pun, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan apa-apa benda yang disita pada menjalankan atau berupa menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak mendapat kos prosiding itu atau mendapat apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu telah dibuat tanpa sebab yang munasabah.
Kuasa untuk memberhentikan dan menggeledah alat pengangkutan
Orang yang mengawal atau menjaga alat pengangkutan itu hendaklah, jika dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai galian itu —
memberhentikan alat pengangkutan itu dan membenarkan pegawai galian itu memeriksanya; dan
membuka semua bahagian alat pengangkutan itu, termasuk bekas di dalamnya atau di atasnya, untuk diperiksa dan mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkan atau memudahkan penjalanan pemeriksaan sebagaimana pegawai galian itu dapati perlu dibuat.
Mana-mana orang yang tidak atau enggan bekerjasama dengan pegawai galian itu untuk memberhentikan alat pengangkutan atau menjalankan suatu penggeledahan ke atas alat pengangkutan itu adalah melakukan suatu kesalahan.
Pembangunan Mineral 37
Dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini suatu perakuan yang ditandatangani oleh Pengarah menyatakan —
amaun fi, royalti, premium dan caj lain yang kena dibayar berkenaan dengan apa-apa mineral atau keluaran mineral;
atau
kos memperbaiki apa-apa kerosakan yang dilakukan oleh seseorang pesalah, hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai nilai, fi, royalti, premium, caj atau kos itu, tanpa bukti mengenai tandatangan Pengarah bagi perakuan itu.
Sampel
Mana-mana pegawai galian boleh, tanpa bayaran, mengambil suatu sampel apa-apa mineral yang perlu dan munasabah untuk diperiksa dan diuji dan sampel yang diambil sedemikian hendaklah diterima dalam mana-mana mahkamah, dalam ketiadaan apa-apa keterangan lain, sebagai mewakili sumber bahan yang daripadanya sampel itu telah diambil.
Perakuan analisis
oleh tertuduh, dalam hal mana tertuduh hendaklah memberikan notis kepada pegawai pendakwa tidak kurang dari tiga hari genap sebelum bermulanya perbicaraan itu:
Dengan syarat bahawa dalam mana-mana hal yang pegawai pendakwa bercadang untuk memberi sebagai keterangan mana-mana laporan itu dia hendaklah menghantar suatu salinannya kepada tertuduh tidak kurang dari sepuluh hari genap sebelum bermulanya perbicaraan itu.
Dalam seksyen ini, “penganalisis” ertinya —
seseorang yang pada masa ini diambil kerja sepenuhnya atau sebahagiannya dalam kerja analitis kimia atau fizik berhubungan dengan mineral di Jabatan Penyiasatan Kaji
Bumi Malaysia atau oleh Kerajaan; atau
seseorang yang menjalankan kerja analitis kimia atau fizik berhubungan dengan mineral dan diambil kerja oleh sebuah makmal yang diiktiraf oleh Jabatan Penyiasatan Kaji Bumi
Malaysia.
Jika mana-mana penganalisis dipanggil oleh tertuduh sebagaimana yang diperuntukkan oleh subseksyen (1), dia hendaklah dipanggil atas perbelanjaan tertuduh melainkan jika mahkamah mengarahkan selainnya.
Perlindungan pemberi maklumat
Jika apa-apa buku, dokumen atau surat yang di bawah keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang menamakan atau memperihalkan pemberi maklumat atau yang mungkin membawa kepada dirinya diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan segala petikan tersebut disembunyikan daripada
Pembangunan Mineral 39
pandangan atau dipadamkan setakat perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui.
Jika dalam perbicaraan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini mahkamah selepas siasatan penuh ke atas kes itu mempercayai bahawa pemberi maklumat itu dengan sengaja membuat dalam pengaduannya suatu pernyataan material yang diketahuinya atau dipercayainya sebagai palsu atau tidak mempercayai sebagai benar, atau jika dalam mana-mana prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak boleh dijalankan sepenuhnya antara pihak-pihak terhadap prosiding itu tanpa identiti pemberi maklumat itu diketahui, adalah sah bagi mahkamah untuk menghendaki supaya aduan asal jika bertulis dikemukakan, dan membenarkan siasatan, dan menghendaki pendedahan sepenuhnya, mengenai pemberi maklumat itu.
Mana-mana orang yang melanggar atau tidak mematuhi peruntukan seksyen 9, 11, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19 atau 20 Akta ini adalah melakukan suatu kesalahan.
Penalti kerana tidak mengemukakan atau mematuhi skim pengendalian melombong
Mana-mana pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong yang tidak mengemukakan suatu skim pengendalian melombong atau mematuhi skim pengendalian melombong yang diluluskan adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Kesalahan berhubungan dengan perlindungan lubang lombong tertinggal, dsb.
Mahkamah boleh memerintahkan mana-mana orang yang disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah seksyen ini untuk memperbaiki atau menggantikan atas perbelanjaannya sendiri mana-mana kayu, pagar, selongsong, lapisan, tangga, pelantar, perkakas, timbunan atau lambakan yang telah dirosakkan atau dipindahkan itu.
Mengganggu, memindahkan, merosakkan atau memusnahkan apa-apa benda yang disita
Mana-mana orang yang mengganggu, memindahkan, merosakkan atau memusnahkan apa-apa benda yang disita di bawah Akta ini adalah melakukan suatu kesalahan.
Penalti kerana tidak mematuhi perintah yang sah
Mana-mana orang yang tidak mematuhi apa-apa perintah bertulis yang dikeluarkan oleh sesorang pegawai galian adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi empat puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Kesalahan berkenaan dengan maklumat
mengemukakan maklumat palsu dalam apa-apa permohonan, laporan atau dokumen lain di bawah Akta ini;
memberikan atau menyebabkan supaya diberikan kepada mana-mana pegawai galian apa-apa butir, maklumat atau pernyataan palsu berkenaan dengan apa-apa perkara yang pegawai itu menghendaki diberikan di bawah Akta ini;
Pembangunan Mineral 41
enggan menjawab atau memberi suatu jawapan palsu kepada apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya oleh mana-mana pegawai galian bagi maksud mendapatkan apa-apa butir, maklumat atau pernyataan yang dikehendaki diberikan di bawah Akta ini;
melancung, memalsukan atau menggunakan apabila dilancungkan atau dipalsukan apa-apa dokumen yang dikehendaki oleh Akta ini atau apa-apa surat cara yang digunakan dalam menjalankan apa-apa urusan atau perkara di bawah Akta ini;
mengubah apa-apa dokumen atau surat cara atau melancung meterai, tandatangan, tandatangan ringkas atau tanda lain bagi atau yang digunakan oleh mana-mana pegawai galian bagi penentusahan mana-mana dokumen atau surat cara itu atau bagi apa-apa maksud lain dalam menjalankan apa-apa urusan atau perkara di bawah Akta ini;
memperdaya mana-mana pegawai galian, secara fraud atau selainnya, dengan mengeluarkan apa-apa dokumen atau membuat atau menyebabkan supaya dibuat apa-apa catatan dalam apa-apa buku, dokumen atau surat cara yang disimpan bagi maksud Akta ini untuk membolehkan mana-mana orang menggerakkan, mengangkut, menghantar atau mengeksport bijih mineral mengikut apa-apa cara selain cara yang ditetapkan;
membuat atau cuba untuk membuat atau menyebabkan supaya dibuat apa-apa catatan tidak betul dalam apa-apa buku, dokumen atau surat cara yang disimpan bagi maksud
Akta ini;
menggunakan atau cuba untuk menggunakan apa-apa kesilapan dalam apa-apa buku, dokumen atau surat cara, atau apa-apa catatan tidak betul dalam apa-apa buku, dokumen atau surat cara yang disimpan bagi maksud Akta ini; atau
gagal atau enggan mengemukakan apa-apa dokumen yang dikehendaki oleh mana-mana pegawai galian,
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 525
adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Dalam mana-mana pendakwaan di bawah seksyen ini, apabila telah dibuktikan bahawa apa-apa permohonan, maklumat, pernyataan, buku, dokumen atau surat cara adalah palsu, tidak betul, mengelirukan atau dilancungkan keseluruhannya atau sebahagiannya tentang apa-apa butir material, maka hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa permohonan, maklumat, pernyataan, buku, dokumen atau surat cara itu adalah palsu, tidak betul, mengelirukan atau dilancungkan tentang sesuatu butir material, mengikut kehendak keadaan, kepada pengetahuan orang yang membekalnya:
Dengan syarat bahawa orang itu tidaklah boleh didapati melakukan suatu kesalahan jika dia membuktikan bahawa dia telah bertindak dengan suci hati dan tidak ada alasan yang munasabah untuk menyangka bahawa permohonan, maklumat, pernyataan, buku, dokumen atau surat cara itu adalah palsu, tidak betul, mengelirukan atau dilancungkan.
Kehilangan atau kebinasaan apa-apa benda yang disita
Mana-mana orang yang menyebabkan kehilangan atau kebinasaan apa-apa benda yang hendak disita di bawah Akta ini dengan niat untuk mencegah penyitaannya adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Perbuatan cuai
apabila diambil kerja dalam atau dekat dengan sesuatu lombong atau tapak penjelajahan melakukan apa-apa perbuatan mengikut cara yang mungkin boleh menyebabkan bahaya atau kerosakan kepada mana-mana orang dalam atau dekat dengan lombong atau tapak penjelajahan itu atau tidak mengambil apa-apa langkah
Pembangunan Mineral 43
berjaga-jaga yang perlu bagi memastikan keselamatan mana-mana orang dalam atau dekat dengan tempat itu;
atau
melainkan jika dibenarkan dengan sewajarnya bagi maksud itu memindahkan, mengubah atau menjadikan tidak berkesan apa-apa benda dalam atau dekat dengan sesuatu lombong atau tapak penjelajahan yang disediakan bagi keselamatan, kesihatan atau kesejahteraan mana-mana orang, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Menggalang pegawai galian
Mana-mana orang yang menggalang, menghalang, menyerang atau mengganggu mana-mana pegawai galian dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini adalah melakukan suatu kesalahan.
Penggunaan maklumat sulit
Mana-mana orang yang menggunakan apa-apa maklumat sulit dengan melanggar seksyen 58 atau 59 adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Penyalahgunaan kuasa
Mana-mana orang yang, dalam berupa sebagai menjalankan kuasa di bawah Akta ini, secara menyusahkan dan tidak perlu menyita atau menahan apa-apa mineral, keluaran mineral, alat pengangkutan, kelengkapan, buku, dokumen atau benda lain adalah melakukan suatu kesalahan.
44 Undang-Undang Malaysia AKTA 525
Percubaan dan persubahatan
Mana-mana orang yang cuba untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau bersubahat melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini adalah melakukan kesalahan itu dan boleh dikenakan penalti yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan
Jika seseorang yang dipertuduh atas suatu kesalahan kesalahan di bawah Akta ini adalah suatu pertubuhan perbadanan, tiap-tiap orang yang, pada masa kesalahan itu dilakukan, adalah seorang pengarah urusan, pengurus atau pegawai serupa itu yang lain dalam pertubuhan perbadanan itu, boleh dipertuduh bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu, dan jika pertubuhan perbadanan itu disabitkan dengan kesalahan yang dipertuduhkan, maka tiap-tiap pengarah urusan, pengurus atau pegawai itu hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuannya atau bahawa dia telah mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.
Kesalahan yang dilakukan oleh pekongsi, ejen atau pekhidmat
Mana-mana orang yang akan boleh dikenakan apa-apa penalti di bawah Akta ini kerana apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan sekiranya perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan olehnya sendiri boleh dikenakan penalti yang sama jika perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan oleh pekongsi, ejen atau pekhidmatnya melainkan jika dia membuktikan bahawa dia telah mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk mencegah pelakuan atau peninggalan perkara itu.
Penalti bagi kesalahan yang berterusan
Akta ini boleh, dalam hal sesuatu kesalahan berterusan, sebagai tambahan kepada apa-apa denda yang diperuntukkan di bawah Akta
Pembangunan Mineral 45
ini, didenda selanjutnya dua ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian dari sehari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Penalti am
Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pengkompaunan kesalahan
Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang ditentukan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang ditentukan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh
Ketua Pengarah atau Timbalan Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Jika sesuatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1)—
tiada pendakwaan boleh selepas itu dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaunkan kesalahan itu dibuat; dan 46 Undang-Undang Malaysia AKTA 525
apa-apa benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu hendaklah dilepaskan dengan serta-merta.
hendaklah dijalankan sendiri oleh Ketua Pengarah atau Timbalan
Ketua Pengarah.
Mana-mana pegawai galian yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pendakwa Raya boleh menjalankan pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.
Mendapatkan kembali wang yang kena dibayar kepada
Kerajaan
Apa-apa wang yang kena dibayar kepada Kerajaan di bawah
Akta ini boleh didapatkan kembali oleh Kerajaan melalui prosiding sivil sebagai suatu hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan.
Bahagian VI
Larangan terhadap pendedahan maklumat
selama tempoh tiga tahun dari tarikh laporan itu dikemukakan; atau
Pembangunan Mineral 47
selama tempoh satu tahun dari tarikh habis tempoh lesen itu, mengikut mana-mana tempoh yang mula-mula habis tempoh sedemikian, kecuali dengan keizinan bertulis pemegang lesen mencari gali atau lesen penjelajahan itu.
Tertakluk kepada subseksyen (4), tiada maklumat yang terkandung dalam apa-apa laporan yang dikemukakan sebagaimana yang dikehendaki oleh mana-mana pejabat atau pegawai Kerajaan berkenaan dengan mana-mana lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong boleh didedahkan oleh pejabat atau pegawai itu selama tempoh satu tahun dari tarikh habis tempoh lesen atau pajakan itu kecuali dengan keizinan bertulis pemegang lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong itu.
Segala maklumat yang dikemukakan bagi menyokong sesuatu permohonan bagi suatu tenemen mineral atau bagi pembaharuannya dan dibekalkan kepada mana-mana pejabat atau pegawai Kerajaan hendaklah disimpan sulit oleh pejabat atau pegawai itu—
jika permohonan itu ditolak, selama tempoh enam bulan dari tarikh penolakan itu; atau
jika permohonan itu diluluskan, selama tempoh enam bulan dari tarikh habis tempoh lesen atau pajakan itu.
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1), (2) atau (3) boleh berkuat kuasa untuk menghalang pendedahan maklumat jika pendedahan itu dibuat ─
bagi maksud apa-apa penyiasatan atau siasatan yang dijalankan di bawah Akta ini;
kepada mana-mana perunding kepada Kerajaan atau kepada mana-mana pegawai yang diluluskan secara bertulis oleh Menteri sebagai orang yang layak untuk menerima maklumat itu; atau 48 Undang-Undang Malaysia AKTA 525
bagi atau berkaitan dengan penyediaan perangkaan oleh
Kerajaan berkenaan dengan pengendalian penjelajahan atau perlombongan.
Larangan penyalahgunaan maklumat yang didapati atas sifat rasmi
adalah munasabah untuk menjangka tidak akan didedahkan oleh seseorang yang mempunyai atau pernah mempunyai sifat rasminya itu melainkan bagi pelaksanaan sepatutnya fungsi yang bersangkutan dengan sifat rasmi itu, tidak boleh menggunakan maklumat sedemikian dengan cara tidak patut untuk memperoleh, secara langsung atau tidak langsung, manfaat bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain.
Kad kuasa
Mana-mana orang boleh enggan mematuhi apa-apa permintaan, kehendak atau perintah mana-mana pegawai galian yang bertindak di bawah Akta ini jika pegawai galian itu enggan menyatakan jawatannya dan mengemukakan kad kuasanya apabila diminta oleh orang itu.
Pembangunan Mineral 49
Perlindungan pegawai
Tiada pegawai galian yang bertanggungjawab bagi pentadbiran
Akta ini boleh menanggung apa-apa liabiliti persendirian bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan atau peninggalannya dalam menjalankan kewajipan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya melainkan jika kerugian atau kerosakan itu telah disebabkan dengan sengaja atau oleh perbuatan melulu atau kecuaian melampau.
Penyampaian notis
Jika sesuatu notis disampaikan melalui pos berdaftar, ia hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan pada hari yang berikutan hari notis itu sepatutnya diterima, dalam penjalanan biasa pos, jika notis itu dialamatkan —
dalam hal suatu syarikat yang diperbadankan di Malaysia, kepada pejabat berdaftar syarikat itu;
dalam hal suatu syarikat yang diperbadankan di luar
Malaysia, sama ada kepada individu yang diberi kuasa untuk menerima penyampaian proses di bawah Akta
Syarikat 1965 [Akta 125], di alamat yang difailkan dengan
Pendaftar Syarikat atau kepada pejabat berdaftar syarikat itu, di mana ia terletak;
dalam hal seorang individu atau kumpulan orang, kepada alamat perniagaan atau alamat persendirian individu atau kumpulan orang itu yang terakhir diketahui.
Jika seseorang yang padanya dialamatkan surat berdaftar yang mengandungi apa-apa notis yang boleh diberikan di bawah Akta ini diberitahu tentang hakikat bahawa adanya surat berdaftar yang menantinya di pejabat pos, dan orang itu enggan atau mengabaikan untuk mengambil surat berdaftar itu, notis itu hendaklah disifatkan
50 Undang-Undang Malaysia AKTA 525
sebagai telah disampaikan kepadanya pada tarikh yang dia dimaklumkan sedemikian.
Bahagian VII
Khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan tersebut boleh—
tertakluk kepada hak-hak pemegang sesuatu teneman mineral, menentukan mineral dan bijih mineral tertentu yang dijadikan tertakluk kepada kehendak pelesenan bagi pemilikan, pembelian, penjualan, penggerakan, pengangkutan, penyimpanan dan pemprosesan mineral;
mengawal dan mengawal selia pengeluaran, pemilikan, pembelian, penjualan, penghantaran dan pengeksportan mineral dan bijih mineral untuk memenuhi obligasi yang dikenakan oleh pertubuhan antarabangsa yang Malaysia adalah ahlinya, tanpa menjejaskan walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain mengenai perkara itu;
menetapkan langkah-langkah perlindungan alam sekeliling, standard efluen, standard bunyi, standard getaran dan standard lain dan cara bagi melindungi alam sekeliling:
Dengan syarat bahawa apa-apa langkah, standard atau cara itu tidak boleh bercanggah dengan mana-mana peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127];
menetapkan kehendak dan standard bagi penggunaan ejen bahan letupan dan ledakan, bahan berbahaya dan toksik, penganginan, keadaan sanitasi dan kebersihan dalam kawasan penjelajahan dan perlombongan;
Pembangunan Mineral 51
secara am menetapkan dan membuat peruntukan bagi fi di bawah Akta ini dan cara untuk memungut dan pembayaran balik fi itu;
menetapkan pengemukaan oleh mana-mana pemunya atau pengurus mana-mana lombong penyata perangkaan dan penyimpanan dan pengemukaan buku dan pelan oleh mereka;
menetapkan kandungan yang dikehendaki bagi mana-mana skim pengendalian melombong, pelan, laporan atau buku rekod sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta ini;
menetapkan tatacara apa-apa prosiding bagi penjalanan apa-apa siasatan di bawah Akta ini;
mengadakan peruntukan bagi keselamatan pekerja dalam kawasan pemfosikan, pendulangan, penjelajahan dan perlombongan;
menetapkan kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang boleh dikompaunkan dan cara dan tatacara bagi mengkompaunkan kesalahan itu;
membuat peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang pada amnya menguatkuasakan peruntukan Akta ini.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, boleh menetapkan denda selanjutnya sebanyak dua ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
52 Undang-Undang Malaysia AKTA 525
Bahagian VIII
Peruntukan peralihan dan kecualian
Tiada apa-apa pun dalam
Akta ini boleh menyentuh penguatkuasaan terdahulu, atau apa-apa yang dilakukan di bawah, mana-mana undang-undang terdahulu setakat ia berhubungan dengan pemeriksaan dan pengawalseliaan penjelajahan dan perlombongan mineral atau bijih mineral dan perkara lain yang berhubungan dengannya:
Dengan syarat bahawa apa-apa hak, kebebasan, keistimewaan, obligasi atau liabiliti yang sedia ada pada permulaan kuat kuasa Akta ini menurut kuasa mana-mana undang-undang itu hendaklah tertakluk kepada peruntukan Akta ini.
Percanggahan undang-undang
Sekiranya apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan Akta ini dan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, peruntukan Akta ini hendaklah terpakai dan peruntukan undang-undang bertulis itu hendaklah, setakat percanggahan atau ketidakselarasan itu, terbatal.
53
AKTA 525
AKTA PEMBANGUNAN MINERAL 1971
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta A1327
Akta Pembangunan
Mineral (Pindaan) 2008
25 Januari 2008
54
AKTA 525
AKTA PEMBANGUNAN MINERAL 1971
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
53
Akta A1327 25-01-2008
55
Akta A1327
25-01-2008
63
Akta A1327
25-01-2008